Kosong
Pengarah

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Aras 19, Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur 

No.Tel   : 03-2614 8217
Emel      : kosong[at]jkkn.gov.my

Fungsi / Peranan Bahagian dan Cawangan

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan dasar dan penyelidikan berkaitan seni budaya.
  • Cawangan Perancangan & Penyelarasan Dasar

    2.1 Menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar-dasar berkaitan seni budaya.

    2.2 Menyelaras urusan berkaitan maklum balas Kertas Dasar dan Kertas Kabinet serta menyediakan input/jawapan Parlimen bagi soalan berkaitan Jabatan yang dikemukakan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

    2.3 Menjadi urus setia bagi penyediaan input dan maklum balas bagi laporan berkala dan laporan adhoc yang diuruskan oleh Kementerian.

    2.4 Menyelaras data dan statistik bagi pelaksanaan KPI JKKN Ibu Pejabat dan JKKN Negeri dari segi jumlah aktiviti, taburan lokasi dan penyertaan khalayak pelbagai kaum serta menyediakan laporan statistik/analisa pelaksanaan KPI Jabatan.

    2.5 Membantu menyelaras program kebudayaan kebudayaan antarabangsa anjuran Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan lain.

    2.6 Menyelaras jaringan kerjasama badan budaya kebangsaan dan antarabangsa.

  • Cawangan Penyelidikan & Pembangunan

    3.1 Menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan berkaitan seni budaya dan focal point bagi program penyelidikan dan kajian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

    3.2 Menyelaras dan melaksanakan kajian penyelidikan seni dan budaya.

    3.3 Menyelaras dan melaksanakan program-program pemuliharaan, pemeliharaan dan pembangunan seni budaya berteraskan kesenian tradisional.

    3.4 Merancang, melaksanakan dan memantapkan pangkalan data seni budaya secara dalam talian.

    3.5 Menjalankan usaha-usaha untuk mewartakan seni budaya dan tokoh/ pakar rujuk tempatan.

    3.6 Mewujudkan kerjasama strategik institusi/ agensi, Badan Bukan Kerajaan (NGO), tokoh dan pakar rujuk seni budaya bagi program yang melibatkan penyelidikan, pemeliharaan dan menyebarluas maklumat seni budaya negara melalui Pemetaan Budaya.

    3.7 Mengenal pasti produk seni budaya yang berpotensi untuk dibangunkan.