JKKN Selangor
Kosong
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Selangor
Tingkat 6, Menara Korporat,
Kompleks IDCC Shah Alam
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15
40200 Shah Alam,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 03- 5543 1654
Faks : 03-5543 1548
Latar Belakang
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah ditubuhkan secara rasminya pada 15 Mac 2005 melalui Waran Perjawatan Bil. S/20 bertarikh 22 Mac 2005. Bagaimanapun kewujudan JKKN sebenarnya bermula pada tahun 1953 lagi di mana pada masa itu ianya merupakan satu bahagian di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat yang dipanggil Bahagian Hal Ehwal Kebudayaan. Fungsi bahagian ini pada masa itu adalah menyelaras hal ehwal kebudayaan bagi mengisi kegiatan belia.
Pada tahun 1964, Bahagian Hal Ehwal Kebudayaan ini diletakkan di bawah Kementerian Penerangan dan Penyiaran. Pada tahun 1972 pula, ianya diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KBS) dengan gelaran bahagian bertukar menjadi Bahagian Kebudayaan.
Pada bulan Mei 1987, kerajaan menubuhkan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan iaitu hasil gabungan Bahagian Kebudayaan daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Pelancongan Malaysia, iaitu agensi di bawah Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Pada 22 Oktober 1990, Kementerian ini kemudiannya diberi nama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sejajar dengan kepentingan peranan serta fungsinya pada masa itu.
Pembentukan Kabinet baru oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 27 Mac 2004 telah meletakkan Bahagian Kebudayaan sebagai sebahagian daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA). Bermula pada tahun 2004 juga lah kertas cadangan penubuhan sebuah jabatan bagi kebudayaan telah diusahakan oleh Bahagian Kebudayaan untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan.
Pada Mac tahun 2005, melalui Waran Perjawatan Bil. S/20, Bahagian Kebudayaan telah diluluskan untuk dinaik taraf menjadi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Melalui Waran Perjawatan Bil. S40 yang bertarikh 1 Februari 2007 pula, pengwujudan satu lagi bahagian baru di JKKN iaitu Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan bagi membolehkan JKKN berfungsi dengan lebih baik dalam urusan perancangan dan penyelidikan seni dan budaya.
Pada 18 Mac 2008, JKKN dipindah naungan dan diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW). Pada bulan April 2009, JKKN bernaung pula dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Selama empat tahun dibawah KPKK, pada 16 Mei 2013, JKKN berpindah lagi dan diletakkan semula di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sehingga sekarang.
- Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya;
- Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara;
- Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya;
- Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara; DAN
- Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
- Pusat Sumber
- Program Perantisan
- Senarai / Pendaftaran BBK
- Bimbingan Seni
- Kumpulan Kesenian Jabatan JKKN Selangor
- Festival Nasi Ambeng
- Program Bimbingan Seni
- Persembahan Berkala
- Tandas
- Tempat Letak Kereta Berbayar
- Surau
- Masjid Negeri Shah Alam
- Plaza Alam Sentral Shah Alam
- Plaza SACC Mall Shah Alam
- Maybank Berhad Cawangan Shah Alam, Bank Islam, CiMB & Affin Bank
- Muzium Shah Alam (PADAT)
- Pejabat Tourism Selangor
- Pejabat Kerajaan Negeri Selangor
- Pengunjung luar boleh menggunakan bas (selangor ku) apabila datang ke Shah Alam dengan menaiki Kereta Api Tanah Melayu (KTM), yang di mana stesen kereta api itu terletak di Seksyen 19, bas (Selangor ku) ada mempunyai stesen bas berhenti di laluan berhampiran Wisma (MBSA) dan para pengunjung boleh menaiki bas berkenaan sehingga ke Seksyen 7 Shah Alam, di mana ianya merupakan Pusat Komersial Shah Alam. Untuk makluman, bas di Negeri Selangor (Selangor ku) ini tidak mengenakan sebarang kadar bayaran, dan ianya percuma bagi semua golongan masyarakat yang ada di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.