Abd Rashid bin Abdullah
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak

Kompleks JKKN Perak,
Lot 20561@20565 Jalan Caldwell,
Off Jalan Raja Di Hilir,
30350 Ipoh,
PERAK DARUL RIDZUAN

Telefon  : 05-253 7001 / 05-254 1027
Faks      : 05-241 7017

Latar Belakang 


Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak (JKKN Perak) mula dibina pada 24 Mei 1995 dengan keluasan kompleks sebesar dua (2) ekar di atas tanah berkeluasan empat (4) ekar. Kos pembinaan kompleks ini adalah sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Juta (RM3,000,000.00) di bawah Rancangan Malaysia Ke-6 (RMK6). Bangunan JKKN Perak ini telah mula diduduki pada 14 Jun 1996 dan sehingga ke hari ini ia telah berusia 25 tahun.

Pada asalnya, JKKN Perak bermula apabila tertubuhnya Majlis Kebudayaan Negeri Perak pada tahun 1974 yang merupakan badan induk kepada penubuhan kebudayaan di Negeri Perak. Penubuhan Majlis ini timbul hasil daripada minat yang mendalam di dalam bidang kebudayaan & kesenian dalam mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai pentingnya pengekalan kebudayaan & kesenian Negeri Perak.

JKKN Perak juga pada ketika itu dikenali sebagai Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak sehinggalah pada tahun 2004, JKKN Perak mula ditubuhkan dan bertanggungjawab melaksanakan tugas dalam merancang, melaksana dan memantau aktiviti kebudayaan dan kesenian di Negeri Perak selaras dengan visi dan misi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).


 Mantan Pengarah JKKN Perak

1. Encik Mustafa Kamal bin Tajuddin (1987 – 1997)
2. Encik Nawi bin Haji Adek (1997 – 2002)
3. Puan Habsah binti Noordin (2002- 2007)
4. Dato’ Haji Mod Zaky bin Haji Din (2007 – 2008)
5. Allahyarham Encik Ramli bin Salleh (2008 – 2010)
6. Encik Abdul Mutalib bin Abdul Rahman (2010 – 2013)
7. Cik Mariam binti Sulaiman (2013 – 2015)
8. Encik Jasmi bin Rasit (2015 – 2017)
9. Encik Wan Din bin Wan Muhammad (2018 – 2019)

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik dan promosi seni budaya;
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan (BBK) dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara;
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya;
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
  • Senarai / pendaftaran BBK
  • Kumpulan Kesenian JKKN Perak
  • Pusat Sumber Maklumat Seni Budaya

Ipoh Cultural Showcase (Persembahan Berkala KKJ)

  • Ipoh Cultural Showcase 2016 diadakan secara berkala di Kompleks, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Perak setiap hari Jumaat pada Minggu Pertama & ke- 3. Manakala pada Minggu Ke-2 & ke-4 akan diadakan di People Park, Jalan Bijih Timah (berdekatan dengan sungai Pekan Lama, Ipoh) jam 8.30 malam.
  • Program yang berlansgung sekitar 30-40 minit padat dengan tarian, nyanyian, lagu-lagu rakyat dan segemen Interaktif Jom Belajar Seni Budaya . Antara persembahan seperti Tarian Selamat Datang ke Negeri Perak, Kelin Kira, Sri Dabus, Cupak Hanyut, Joget Kereta Lembu , Tarian Nego, dan My Fest. 
  • Auditorium (300-320 penonton)
  • Pusat Sumber Maklumat Seni Budaya
  • Pentas Terbuka
  • Pentas Mudah Alih
  • Studio Tari
  • Studio Muzik
  • Bilik Mesyuarat
  • Galeri Seni
  • Kaunter Pertanyaan
  • Pondok Pengawal 
  • Bilik Jamuan Mesyuarat
  • Bilik Tetamu / VIP
  • Surau (lelaki /perempuan) 
  • Tandas 
  • Parkir kenderaan
  • Bilik Busana 
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak
  • Kediaman Menteri Besar Perak
  • Pengunjung boleh mengunakan pengangkutan awam dengan menaiki bas Perak Transit dari Pekan dengan kadar bayaran RM 1.20

Kemudahan / Fasiliti JKKN Perak 

Bilik Mesyuarat

Blok Pentadbiran

Pentas Terbuka

Ruang Parkir

Studio Muzik

Studio Tari