Norazlin Binti Nordin
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis


Kompleks JKKN Perlis
Persiaran Wawasan Kangar
01000 Kangar
PERLIS

Telefon  : 04-979 3604
Faks      : 04-977 0117

Latar Belakang

Pada awalnya, pembangunan kebudayaan Negeri Perlis ditadbirkan melalui Ketua Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Wilayah Utara di Tingkat Bawah Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah. Ketika itu, ianya di bawah Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan.

Pejabat Kebudayaan dan Kesenian mula diwujudkan di Negeri Perlis pada Mac 1993 sejajar dengan perkembangan dan fungsi pejabat yang lebih luas bagi mencapai pembangunan negara yang seimbang dalam aspek pembangunan fizikal dan spiritual. Pejabat mula beroperasi di Tingkat 10, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, Kangar dengan keluasan 143.58.m.p.

Setelah Bangunan Persekutuan baharu, Persiaran Jubli Emas siap, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memperuntukkan ruang Pejabat Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Perlis di Tingkat 8, dengan keluasan 91.36.m.p. tanpa bayaran sewa, kemudahan air dan elektrik percuma dan dibekalkan dengan peralatan dan perabot yang dipohon dan mula beroperasi pada 15 Disember 1997.

Di pejabat baru ini turut disediakan kemudahan Bilik Pengarah, Bilik Pegawai, Bilik Sumber, Bilik Kostum dan Ruang Menunggu.

Kompleks JKKN Perlis yang dahulunya lebih dikenali dengan Taman Budaya Negeri Perlis mula dibina pada bulan Disember 1999 dan siap pada April 2001 dengan nilai RM7,638,229.00. Keluasan tanah adalah seluas 1.7787 hektar yang menempatkan dua (2) blok bangunan iaitu Blok Auditorium dan Blok Pentadbiran. Kapasiti tempat duduk Auditorium boleh memuatkan seramai empat ratus (400) orang.

Kini, Pejabat Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Perlis yang dikenali Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Perlis ditempatkan di Kompleks JKKN Perlis yang terletak di Persiaran Wawasan, Kangar dan mula diduduki pada Mei 2001 sehingga sekarang. 

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya;
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara;
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya;
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara; DAN
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri



Pusat Sumber Seni Budaya

  • Menyediakan ruang yang menempatkan bahan-bahan rujukan seperti buku, majalah, laporan dan CD/VCD untuk panduan dan rujukan pelajar, pengkaji budaya, pencinta seni dan orang awam.

Kejurulatihan

  • Jabatan mempunyai dua (2) orang Artis Budaya/ Jurulatih dalam Bidang Tari dan Bidang Teater. Khidmat jurulatih ini boleh dipohon bagi mengajar dalam bidang masing-masing.
  • Persembahan Berkala ( persembahan kesenian tarian & muzik )
  • Senam Seni ( bersenam beramai-ramai )
  • Bengkel / kelas lakon @ teater, tarian, muzik 
  • Auditorium
  • Pentas Terbuka/ Laman Seni (di bawah Auditorium )
  • Bilik Seminar.
  • Studio Lakon / Tari / Muzik 
  • Galeri Seni Budaya
  • Pusat Sumber Seni Budaya.
  • Surau lelaki / wanita
  • Tandas Awam
  • Tempat letak kereta / motorsikal. 
  • Taman Rekreasi Bunga Kertas
  • Taman Rekreasi Bukit Lagi.
  • Dataran Selera Rimba Alam Gua Bukit Sami 
  • Hotel Seri Malaysia
  • Dewan 2020 (Dewan Orang Ramai )
  • Stesen Minyak Petronas
  • Pusat Latihan Memandu
  • Kompleks Jabatan Pertahanan Awam Negeri Perlis 
  • Kompleks Kementerian Dalam Negeri
  •  Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. 
  • Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam dengan menaiki bas My Bas dan menaiki teksi dari Terminal Bas dan Teksi dengan kadar tambang sekitar RM 10.00 - RM12.00

Kemudahan / Fasiliti JKKN Perlis

Bilik Seminar

Bilik Mesyuarat

Block Auditorium

Blok Pentadbiran

Gelanggang Gasing

Laman Seni

Studio Muzik

Studio Tari