JKKN Pulau Pinang
Eezmadyna Azalin binti Nordin
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pulau Pinang
Kompleks Pustaka Warisan Seni,
Lot No. 2180 Lintang P. Ramlee,
Off Jalan P.Ramlee
10460 PULAU PINANG
Telefon : 04-281 7791 /7792
Faks : 04-281 7781
Latar Belakang
Kompleks Pustaka Warisan Seni dibina di atas tanah Lot 2195 dan 2180 Mukim Georgetown, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang ( di Counterhall, Pulau Pinang yang merangkumi tapak rumah tempat kelahiran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ). Projek Pustaka Warisan Seni ini telah siap pada 31 Julai 1997 dan diserahkan kepada pihak Kementerian pada 13 Ogos 1997. Pulau Pinang adalah tempat bermulanya warisan seni yang popular seperti Bangsawan, Boria dan lain-lain.
Pulau Pinang juga adalah tempat asal seniman Agong tanah air yang terkenal dan ramai seniman terkemuka lagi, maka wajar Pustaka Warisan Seni ini ditubuhkan sebagai salah satu tempat pelancongan yang mencerminkan seni budaya tempatan. Ukiran dan hiasan bangunan ini didirikan mempunyai ciri-ciri reka bentuk asas tradisi melayu. Bangunan ini mempunyai ruang seluas 6,000 meter persegi dan dipecahkan mengikut keperluan. Menempatkan dua (2) buah pejabat kerajaan iaitu Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Pulau Pinang dan Arkib Negara Malaysia, Cawangan Pulau Pinang. Mempunyai Audiorium yang diberi nama Auditorium P.Ramlee yang mampu memuatkan seramai 200 orang pada satu masa. Auditorium ini dilengkapi dengan pentas ( 47 x 31 kaki persegi ), sebuah konti, dua (2) Bilik Persalinan, ruang dikiri dan kanan pentas, dua (2) tandas lelaki dan 2 tandas perempuan dalam dan luar auditorium juga disediakan. Kawasan bangunan ini bersesuaian dan strategik sebagai tempat rujukan, pameran, persembahan, pengkajian, pemeliharaan, pendokumentasian seni budaya bangsa.
- Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modul insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
- Membina jaringan kerjasama yang berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan (BBK) dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
- Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
- Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
- Mengoptimakan fungsi JKKN negeri.
- Pusat Sumber Seni Budaya untuk rujukan
- Jualan bahan-bahan terbitan JKKN (Buku dan CD Seni Budaya)
- Khidmat nasihat berkaitan seni dan budaya
- Khidmat Kejurulatihan bagi mengajar bidang tari, teater dan muzik
- Persembahan Berkala (persembahan kesenian tarian & muzik)
- Senam Seni ( bersenam beramai-ramai )
- Bengkel / kelas lakon @ teater, tarian, muzik (Jom Belajar)
- Program Penyelidikan Budaya
- Program Budi@Seni
- Makmal Keusahawanan Seni Budaya (MAUS)
- Program-program bersama Badan Bukan Kerajaan (BBK)
- Auditorium yang memuatkan 200 orang
- Galeri Seni Budaya
- Bilik Mesyuarat
- Pusat Sumber Seni Budaya
- Studio Tari
- Studio Latihan Muzik
- Latihan Ruang Terbuka
- Rumah Kelahiran P.Ramlee
- Stadium Bandaraya Pulau Pinang
- Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
- Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam dengan menaiki bas Rapid Penang bernombor laluan 206 dan 11 dari Jeti dengan kadar bayaran RM 2.00 sahaja. Bas Rapid Penang bergerak dari stesen bas seawal jam 6.00 pagi dan perjalanan sejam sekali dari stesen tersebut.