Hasnimizan bin Ishak
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Johor

Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO
No 26, Jalan Susur 5
Off Jalan Tun Abdul Razak, Larkin
80200 Johor Bahru
JOHOR DARUL TAKZIM

Tel     : 07-224 8270 / 223 1249
Faks  : 07-223 9413 

Latar Belakang

Pada tahun 1987, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Wilayah Selatan berpejabat di Negeri Melaka. Pada tahun 1993, Pengarah pertama adalah Encik Abd. Rauf bin Puteh yang pada masa itu dikenali jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Johor yang bertempat di Taman Seni Budaya Johor, Jalan Skudai, Johor Bahru, Johor.

Pada tahun 1995 jabatan telah berpindah di Tingkat 13, Bangunan Tun Abdul Razak (KOMTAR) atau lebih dikenali kini Johor Bahru City Center (JBCC). Ketika itu jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor dan pengarah ketika itu adalah Encik Abdul Hamid Bin Haji Muhamad.

Seterusnya pada tahun 1997 hingga tahun 2002 Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor di bawah Pengarahnya Encik Mohd Razy Bin Mohd Nor.
Pada awal tahun 2002 hingga penghujung tahun 2002 Tuan Haji Sulaiman bin Yusoff mengambil alih selaku Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor.

Pada tahun 2004 jabatan ini telah bertukar kepada Jabatan Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Negeri Johor iaitu Pengarahnya Encik Rosli Bin Osman.

Manakala pada tahun 2005 hingga 2016 ini, Encik Abdul Hamid Bin Haji Muhamad telah menjadi pengarah di jabatan ini.

Pada 1 Julai 2012 jabatan ini telah berpindah bangunan dari Tingkat 13, Bangunan Tun Abdul Razak (KOMTAR) ke Aras 6 Wisma PERKESO, Jalan Larkin Johor Bahru, Johor.

  • Melahirkan Masyarakat Malaysia yang berbudaya berteraskan Gagasan 1 Malaysia.
  • Mempergiatkan usaha mengekal dan memulihara seni budaya.
  • Mengembangkan kebudayaan dan kesenian melalui usaha memupuk, membimbing merakyat dan menyemarakkan seni budaya
  • Mengesan, mengenalpasti dan melaporkan kemajuan dan pengwujudan pembangunan infrastruktur kebudayaan dan kesenian sama ada fizikal atau bukan fizikal di peringkat negeri dan daerah.
  • Memberi kerjasama dan pandangan kepada Kerajaan Negeri dan agensi-agensi yang berkaitan di dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan kebudayaan dan kesenian.
  • Menentukan bentuk bantuan dan khidmat nasihat kepada persatuan, pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian (NGO) di peringkat negeri dan daerah.
  • Merancang dan menyelaras pusat sumber dan maklumat di bidang kebudayaan dan kesenian termasuk inventori bahan, tokoh-tokoh, persatuan, badan, kumpulan kebudayaan dan kesenian di peringkat negeri dan daerah.
  • Menggalak dan meluaskan promosi seni budaya. 



  • Pusat Sumber Seni Budaya untuk rujukan
  • Jualan bahan-bahan terbitan JKKN (Buku dan CD Seni Budaya)
  • Khidmat nasihat berkaitan seni dan budaya 
  • Program merakyatkan seni budaya
  • Program bimbingan seni budaya
  • Bazar seni
  • Festival Tari Negeri / Festival Teater / Ekspresi Muzik 
  • Pusat Sumber Seni Budaya
  • Khidmat Kumpulan Perantis
  •  KKJ 
  • Bangunan Perkeso
  • Oleh kerana JKKN Johor berhampiran dengan Terminal Bas Larkin Sentral, pilihan bagi anda yang ingin Datang ke JKKN Johor adalah disarankan untuk menaiki teksi dari terminal tersebut dengan hanya kadar bayaran RM5.00 sahaja atau dengan berjalan kaki.
  • Jika anda datang dari JB Sentral, anda boleh menaiki bas awam ke Terminal Larkin Sentral dengan kadar tambang RM3.00 atau dengan menaiki teksi dengan kadar tambang RM10.00. 

Kemudahan / Fasiliti JKKN Johor

Bilik Mesyuarat

Kaunter Pelanggan

Ruang Pejabat