Tentang JKKN
Encik Mohd Amran bin Mohd Haris
Ketua Pengarah
Pejabat Ketua Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 34, Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03-2614 8227
Faks : 03-2697 0786
E-mel : amran[at]jkkn.gov.my
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayah dan keizinan-Nya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), yang merupakan jabatan di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia telah berjaya menaiktaraf laman sesawang jabatan, selari dengan inisiatif Transformasi Digital JKKN.
Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada pelayar laman sesawang JKKN yang merupakan salah satu saluran media komunikasi yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat seni budaya serta memahami objektif, fungsi dan peranan JKKN dalam menyemarakkan dan melestarikan seni budaya.
JKKN telah melaksanakan pelbagai program yang merupakan salah satu inisiatif jabatan dalam mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni budaya dalam kehidupan serta memupuk semangat perpaduan antara kaum. Program-program yang dilaksanakan juga sebahagian daripada medium pembangunan modal insan kearah melahirkan masyarakat yang mengamalkan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam membentuk perpaduan dan keharmonian.
Penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia, bagaimanapun telah memberi kesan terhadap perancangan dan pelaksanaan program-program JKKN secara fizikal. Justeru, JKKN mengambil langkah proaktif dengan merancang program-program secara digital yang bersesuaian selari dengan keadaan semasa negara.
JKKN telah mengaplikasikan kemudahan teknologi komunikasi digital merangkumi pelbagai saluran termasuk media sosial dan laman sesawang jabatan yang boleh diakses secara global. Laman sesawang JKKN diharap dapat menjadi wadah utama dalam menyebarluaskan maklumat, ilmu, dan menyampaikan aktiviti-aktiviti terkini yang dilaksanakan oleh JKKN.
Saya bagi pihak jabatan amat mengalu-alukan pandangan serta maklum balas daripada pengunjung laman sesawang JKKN dalam usaha menambahbaik mutu perkhidmatan demi kepentingan masyarakat dan negara.
Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua warga JKKN yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan pelbagai program/ aktiviti yang telah dirancang oleh jabatan dan kementerian.
Sekian, terima kasih.
Ketua Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Kosong
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan)
Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan)
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 34, Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03-2614 8332
Faks : 03-2697 0875
E-mel :
PERANAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
Peneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Agensi dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Agensi dan ISP Sektor Awam;
Melaksana dan menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global;
Menyelaras penggalakan pembudayaan ICT dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam; dan
Melaksana dan menyelaras inovasi Kerajaan Elektronik, infrastruktur dan keselamatan ICT.
YBrs Encik Mohd Amran bin Mohd Haris
Ketua Pengarah
Pejabat Ketua Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 34, Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03-2614 8227
Faks : 03-2697 0786
E-mel : amran[at]jkkn.gov.my
Mohd Radzi bin Omar
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan)
Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan)
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 30, Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03-2614 8332
Faks : 03-2697 0875
E-mel : radzi[at]jkkn.gov.my
YBrs. Encik Rosnan bin Nordin
Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan & Kesenian)
Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan & Kesenian)
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 34, Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03-2614 8332
Faks : 03-2697 0754
E-mel : rosnan[at]jkkn.gov.my
Bermula tahun 1953, Bahagian Kebudayaan ditubuhkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk mengukuhkan Kebudayaan Kebangsaan dalam membangunkan sosio-ekonomi dan pemupukan nilai-nilai murni.
Bahagian Kebudayaan ini berperanan untuk merangka dasar pembangunan kebudayaan, merancang, menyelaras dan mengurus program kebudayaan. Ia dilakukan dengan cara memelihara perpaduan dan kebudayaan kebangsaan agar intipati dan aspirasinya sentiasa dihargai melali pengayatan serta amalan berterusan.
Pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan diletakkan di bawah Kementerian Penerangan pada tahun tersebut. Kementerian Penerangan dan Penyiaran Bersama dengan Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Masyarakat telah mengemukakan cadangan untuk membina Pusat Kebudayaan Negara Malaysia. Cadangan asalnya, Kompleks Kebudayaan ini bakal merangkumi beberapa komponen lain seperti Muzium Sejarah Negara, Balai Seni Lukis Negara, Planetarium Negara, Panggung Utama, Restoran dan Pusat Membeli Belah Budaya. Tapak Pembinaan pula didirikan di sekitar Lembah Pantai berdekatan Pusat Penyiaran Malaysia dan Universiti Malaya.
Bahagian Kebudayaan diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1972 dan pada 20 Mei 1987, kerajaan telah menggabungkan Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada masa itu dengan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian yang seterusnya dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.
Bermula pada 22 Oktober 1992, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan ini telah bertukar nama dan lebih dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan telah beroperasi di Pusat Dagangan dunia Putra (PWTC) sehingga pembentukan Kabinet baharu oleh YAB Perdana Menteri pada 01 November 2003.
Dengan pembentukan Kabinet baharu oleh YAB Perdana Menteri, hal-hal yang bersangkutan dengan Kesenian dan Budaya diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia manakala hal-hal berkaitan aspek pelancongan diletakkan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia.
Semasa pembentukan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kesenian dan Kebudayaan masih kekal dengan statusnya sebagai sebuah bahagian di bawah Kementerian sehinggalah arahan dari YB Menteri supaya usul dilakukan oleh pihak Kementerian bagi penubuhan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan juga Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri.
Bahagian Pembangunan Kesenian dan Kebudayaan telah menyediakan kertas cadangan penubuhan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan juga Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri-Negeri. Pada bulan November 2004 pembentangan kertas cadangan penubuhan Jabatan dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.
Pada 15 Mac 2005 Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian menerima Waran Perjawatan Bil.S/20 tahun 2005 bertarikh 22 Mac 2005. Dengan penerimaan Waran Perjawatan berkenaan maka tertubuhlah dengan rasminya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri-Negeri.
Kemudian, melalui Waran Perjawatan Bil. S40 yang bertarikh 1 Februari 2007 pula, pengwujudan satu lagi bahagian baru di JKKN iaitu Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan yang bertujuan membolehkan JKKN berfungsi dengan lebih baik dalam urusan perancangan dan penyelidikan seni dan budaya. Menjelang 18 Mac 2008, JKKN dipindah naungan dan diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW). Pada April 2009, JKKN bernaung pula di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Selama empat tahun di bawah KPKK, pada 16 Mei 2013, JKKN menjadi satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.
- Tahun 1953 : Bahagian Kebudayaan ditubuhkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat
- Tahun 1964 : Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Penerangan
- Tahun 1972 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
- Tahun 1987 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
- Tahun 1992 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
- Tahun 2004 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA)
- 22 Mac 2005 : Di naik taraf kepada JKKN ( Waran bil. S20 Tahun 2005)
- 1 Feb 2007 : Pewujudan bahagian baru iaitu bahagian perancangan , penyelidikan dan pembangunan ( waran bil.S40 tahun 2007)
- 18 Mac 2008 : JKKN sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW)
- April 2009 : JKKN bernaung di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
- Mulai 16 Mei 2013, JKKN menjadi satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
- Pada 2 Julai 2018, Kementerian ini telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentukan kabinet selepas pilihanraya umum yang ke-14.
Visi.
Peneraju Seni Budaya dalam mendukung Seni untuk Seni, Seni untuk perpaduan dan Seni Budaya untuk Penjanaan Pendapatan kepada pemain industri ke arah pembentukan jati diri dan kesejahteraan masyarakat.
Misi.
- Memantapkan usaha memulihara, mengekal, mengembang dan menyemarak seni budaya warisan Negara;
- Menggembleng elemen seni budaya untuk meningkatkan jati diri, kesejahteraan dan perpaduan Negara;
- Menggalakkan aktiviti seni budaya yang inovatif bagi meningkatkan pendapatan pemain industri; dan
- Menyumbang kepada pertumbuhan aktiviti pelancongan budaya.
OBJEKTIF JABATAN
- Mengekal dan mengembangkan kebudayaan dan kesenian.
- Menggalakkan pertumbuhan aktiviti seni budaya di pelbagai lapisan melalui kerjasama berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
- Menyediakan kemudahan prasarana seni dan budaya yang kondusif dan khidmat nasihat kepada masyarakat Malaysia.
- Meningkatkan pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya.
FUNGSI JABATAN
- Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya;
- Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara;
- Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya;
- Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara; DAN
- Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
- Menyemarak dan merakyatkan aktiviti seni dan budaya di kalangan pelbagai kaum dan peringkat sasaran.
- Menyediakan kemudahan prasarana, garis panduan seni dan budaya, bantuan dana, khidmat nasihat, latihan dan pengiktirafan kepada penggiat seni.
- Menyelidik, mengumpul, mendokumentasi, menerbit dan menyebar maklumat dan bahan rujukan seni dan budaya kepada masyarakat.
- Merangka dan menggalakkan pembangunan produk seni dan budaya selaras dengan pembangunan industri kreatif.
- Merangka program penyerlahan seni dan budaya di dalam dan luar negara.
Latar belakang
Kandungan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021 dibangunkan dengan mengambil kira asas-asas pembinaan negara bangsa seperti yang sedia ada dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971.
DKK tidak pernah diberi pensahihan kerana tidak pernah dibentangkan di peringkat Kabinet dan hanya dilaksanakan secara pentadbiran sepanjang tempoh 50 tahun, namun beberapa kejayaan telah direkodkan hasil daripada saranan-saranan resolusi.
DAKEN digubal sebagai kesinambungan DKK dalam konteks yang lebih sahih sebagai sebuah punca kuasa.
DAKEN turut mengambil kira prinsip-prinsip yang terkandung dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang diilhamkan pada tahun 1971 dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan sebagai ikatan mengharmonikan masyarakat majmuk di Malaysia. Dasar ini juga menjadikan prinsip-prinsip dan objektif Rukun Negara sebagai ideologi untuk menyeragamkan kefahaman semua rakyat pelbagai kaum di negara ini bagi memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan dengan jiwa patriotik.
Penggubalan DAKEN mengambil kira lima (5) aspek utama iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (cohesiveness), Semangat Kebanggaan (spirit of prideness), Keterbukaan (openness) dan Menyeluruh (holistic).
DAKEN menjadi panduan dan rujukan bagi memperkasa serta meningkatkan pemahaman, penghayatan, kecintaan dan pengamalan budaya dalam aspek kehidupan. Dasar ini perlu dimiliki, dihayati dan didokong oleh semua pihak supaya aspek seni, budaya dan warisan negara terus terpelihara, disanjungi dan lestari.
Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) menggariskan visi, misi dan strategi yang jelas ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju, Rakyat Berbudaya dengan memfokuskan kepada tujuh (7) teras utama iaitu:
- Budaya Nilai Tinggi
- Keharmonian Masyarakat
- Pemeliharaan dan Pemuliharaan Warisan Budaya
- Pembangunan dan Pengembangan Budaya
- Pemerkasaan Budaya
- Penjanaan Ekonomi Kebudayaan
- Kecemerlangan Budaya
Dalam usaha mencapai visi dan misi kebudayaan negara, sebanyak tiga puluh sembilan (39) strategi dengan sembilan puluh lima (95) pelan tindakan telah dikenal pasti, dirancang dan dirangka bagi tempoh pelaksanaan lima (5) tahun (2021-2025) berdasarkan tujuh (7) teras utama tersebut.
Strategi dan Pelan Tindakan Dasar Kebudayaan Negara ini diharap dapat membantu kerja-kerja kreatif dalam kalangan rakyat, dengan mengutamakan budaya nilai tinggi dan tahap keintelektualan.
Secara umumnya, pelaksanaan dasar ini melibatkan empat (4) institusi penting iaitu:
- Institusi Kekeluargaan
- Institusi Pendidikan
- Institusi Kemasyarakatan
- Institusi Perkhidmatan
DAKEN menjadi satu wadah penting untuk memantapkan pembinaan negara bangsa supaya terus kekal maju dengan rakyatnya yang berbudaya nilai tinggi. Dasar ini diharap dapat mencapai matlamat untuk Malaysia sebagai sebuah Negara Maju, Rakyat Berbudaya.
Klik di sini untuk paparan Dasar Kebudayaan Negara 2021
Pelaksanaan aktivti/program yang berteraskan fungsi JKKN tersebut berdasarkan penetapan Petunjuk Prestasi Utama yang merangkumi bilangan aktiviti/program, penyertaan pelbagai kaum, taburan lokasi aktiviti sama ada di bandar atau di luar bandar, jantina, umur, tahap pendidikan dan pekerjaan.
Dalam penyemarakan aktiviti seni budaya seluruh negara, JKKN telah melaksanakan aktiviti di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Semua aktiviti tersebut dilaksanakan melalui 3 sektor utama di ibu pejabat iaitu Sektor Pentadbiran dan Kewangan, Sektor Kebudayaan dan Kesenian serta Sektor Dasar dan Perancangan di samping 14 JKKN negeri dengan penggemblengan 377 tenaga pegawai dan kakitangan. Di samping usaha ini, dimantapkan dengan kewujudan 11 buah kompleks JKKN negeri yang menyediakan kemudahan prasarana bagi pelaksanaan pelbagai aktiviti seni budaya di peringkat negeri.
Pelan Strategik JKKN 2021-2025 akan dikaji semula selepas tempoh tiga (3) tahun bagi memastikan perancangan program adalah memenuhi keperluan dan dasar semasa berkaitan pembangunan dan pengurusan kebudayaan dan kesenian. JKKN akan memastikan pelan strategik ini sentiasa progresif, responsif serta bersifat dinamik dalam merealisasikan visi jabatan sebagai peneraju bidang kebudayaan dan kesenian negara. Ia juga adalah satu rujukan dan panduan penting bagi memastikan JKKN kekal relevan dalam menghadapi arus pemodenan.
Klik Disini untuk paparan Pelan Strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 2021-2025
Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan komited di dalam melaksanakan tanggungjawab kami seperti berikut :
- Melaksanakan aktiviti pemuliharaan, pengembangan dan promosi seni budaya untuk mengekalkan penghayatan di kalangan masyarakat.
- Memperbanyakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian yang melibatkan pelbagai kaum.
- Menyediakan prasarana seni dan budaya yang kondusif kepada pengguna.
- Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan produk-produk seni budaya yang baru.
- Memastikan aduan pelanggan akan diambil tindakan dalam masa tiga (3) hari selepas diterima.
Bil |
Tahun 2023 Bulan |
Jumlah Aduan/Pertanyaan/Cadangan Yang Diterima |
Jumlah Aduan/Pertanyaan/Cadangan Yang Diselesaikan Dalam Masa 3 Hari |
---|---|---|---|
1 | Januari | 87 | 87 |
2 | Februari | 0 | 0 |
3 | Mac | 0 | 54 |
4 | April | ||
5 | Mei | ||
6 | Jun | ||
7 | Julai | ||
8 | Ogos | ||
9 | September | ||
10 | Oktober | ||
11 | November | ||
12 | Disember | ||
Jumlah | 121 | 121 |
Bilangan Transaksi Sistem Pendaftaran Penggiat Seni & Budaya tahun 2023
Bulan | Penggiat Seni & Budaya tahun 2023 | Maklumat BBK Seni & Budaya tahun 2023 | Pertanyaan & Cadangan tahun 2023 |
---|---|---|---|
Januari | 35 | ||
Februari | 32 | ||
Mac | 54 | ||
April | |||
Mei | |||
Jun | |||
Julai | |||
Ogos | |||
September | |||
Oktober | |||
November | |||
Disember | |||
Jumlah | 0 | 0 | 121 |