Pengenalan

Pusat Sumber Seni Budaya (PSSB) JKKN merupakan pusat rujukan maklumat seni budaya yang menyokong keperluan penyelidikan bagi kakitangan JKKN di Ibu Pejabat dan negeri-negeri, penyelidik seni budaya, pelajar IPTA dan IPTS, pelajar sekolah rendah dan menengah serta orang perseorangan.

Koleksi di PSSB ini terdiri daripada pelbagai kategori bahan perpustakaan seperti buku, jurnal, majalah, majalah berjilid, kertas kerja, buku laporan, keratan akhbar, CD, VCD, DVD dan foto. Sehingga kini (Jun 2023), koleksi Pusat Sumber Seni Budaya melebihi 9000 naskhah bahan berkaitan kesenian dan kebudayaan sama ada bahan tempatan atau luar negara.

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat, bahan PSSB boleh diakses untuk pencarian dengan menggunakan platform pencarian bahan perpustakaan dalam talian OPAC Online Public Access Catalog. Di JKKN, sistem perpustakaan yang digunakan ialah Sistem KOHA bermula 24 Januari 2011. Pusat Sumber turut menyediakan perkhidmatan seperti sirkulasi (peminjaman dan pemulangan) kepada pegawai dan kakitangan sahaja, pencarian maklumat, khidmat pelanggan dan sebarang pertanyaan berkaitan rujukan bahan seni budaya. 

Waktu Perkhidmatan

                       KUMPULAN A

(Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu)                   
                   KUMPULAN B

(Negeri Perlis, P.Pinang, Perak, Pahang, Selangor,
WP Kuala Lumpur, Melaka, N. Sembilan, Sabah dan Sarawak)
Ahad – Khamis: 9.00 pagi – 3.00 petang

Rehat: 1.00 tengah hari – 2.00 petang

Isnin – Khamis: 9.00 pagi – 3.00 petang
Rehat: 1.00 tengah hari – 2.00 petang

Jumaat: 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
Rehat: 12.15 tengah hari – 2.45 petang


Jumaat/Sabtu/Cuti Umum : TUTUP


Sabtu/Ahad/Cuti Umum : TUTUP

Keahlian

Pendaftaran keahlian terbuka kepada semua pegawai kakitangan JKKN Ibu Pejabat dan pejabat JKKN Negeri. Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi borang pendaftaran keahlian yang boleh didapati daripada petugas Pusat Sumber. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada petugas untuk proses pendaftaran. Perkhidmatan peminjaman bahan hanya kepada pegawai dan kakitangan JKKN sahaja. Pengguna dan pengunjung luar hanya dibenarkan untuk membuat rujukan di PSSB sahaja. Perkhidmatan fotokopi TIDAK disediakan dan tertakluk kepada Akta Hakcipta 1987.

TEMPOH PINJAMAN JUMLAH BUKU YANG BOLEH DIPINJAM
2 minggu 5 Buah Buku

Sistem Pengkelasan Bahan Perpustakaan

Pusat Sumber Seni Budaya menggunakan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey @ Dewey Decimal Classification (DDC) untuk:

  • Mengesan bahan dengan cepat dan tepat diatas rak dan memulangkan bahan itu ketempat asal;
  • Menentukan bahan-bahan perpustakaan tersusun dalam satu kelompok yang sama;
  • Memudahkan penyusunan buku dan proses pilih buang;
  • Membantu menyimpan beberapa jenis perangkaan seperti bilangan buku dan rekod pinjaman; dan
  • Memudahkan pengguna untuk mencari bahan terus dari rak (browsing) dengan cara merujuk kepada nombor pengkelasan yang diperlukan.

Contoh : Buku Alat Muzik Tradisional Masyarakat Malaysia
Nombor Panggilan : 784.19595 NIK

ONLINE PUBLIC ACCESS CATALOG (OPAC)
PUSAT SUMBER SENI BUDAYA

https://jkkn.koha.my 

Koleksi Pusat Sumber Seni Budaya

Sehingga Disember 2023, koleksi Pusat Sumber Seni Budaya berjumlah lebih 9000 naskhah bahan terdiri daripada pecahan yang berikut:

BIL KOLEKSI JUMLAH PERATUS ( % )

1

BUKU

4522

49.7

2

BULETIN/MAJALAH

928

10.2

3

KERTAS KERJA

505

5.6

4

LAPORAN

764

8.4

5

PAMPLET

877

9.6

6

BUKU PROGRAM

1207

13.3

7

SKRIP

269

3

8

CD/VCD/DVD

18

0.2

 

JUMLAH

9090

100

Misi

Menyediakan sumber, kemudahan dan perkhidmatan maklumat yang berkesan melalui aplikasi teknologi terkini secara kreatif dan inovatif dalam memperlengkapkan perpustakaan sebagai “resource center” untuk rujukan dan penyelidikan.

Visi

Menjadi pusat rujukan maklumat seni budaya yang unggul sejajar dengan era globalisasi

Objektif

  • Membangunkan koleksi perpustakaan yang berkualiti dan terkini bagi memenuhi keperluan rujukan dan penyelidikan
  •  Merancang dan menyediakan perkhidmatan maklumat yang lengkap, terkini dan berkesan
  • Menyediakan pelbagai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi bersesuaian dengan peredaran masa dan keperluan pengguna; dan
  • Membangun serta mempertingkatkan kemahiran dalam kalangan pengguna perpustakaan dalam aktiviti mengesan, mengakses serta memperolehi maklumat yang tepat dan berkualiti 

Suraya binti Omar (Penolong Pustakawan)
Ibu Pejabat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 30, Menara TH Perdana,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

No. Telefon : 03-2614 2069
E-mel          : suraya[at]jkkn.gov.my