PENGENALAN

Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) merupakan pendokong utama kepada pelaksanaan Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2004. Mereka memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat untuk menyemarak pelbagai aktiviti seni dan budaya terutamanya dalam bidang tari, teater, muzik, silat, seni berbahasa dan juga gasing. Mereka juga merupakan jurulatih yang mahir dan cemerlang dalam bidang masing - masing yang mampu memberi impak besar dalam mengukuh serta mengekal seni budaya warisan negara.

Dalam pelaksanaan transformasi Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB), penerbitan Direktori Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) merupakan inisiatif JKKN untuk mempromosi dan mengembangkan khidmat JSBN ini ke seluruh negara. Sehingga kini sebanyak 1,982 orang JSBN telah dihasilkan dan 514 orang JSBN masih aktif menjalankan aktiviti. Justeru, melalui usaha ini, jumlah JSBN yang aktif dapat dimaksimumkan dan seterusnya dapat memberi mereka peluang kepada mereka untuk meningkatkan kerjaya mereka ke tahap yang lebih tinggi dan berwibawa dalam bidangnya.

SYARAT SEBAGAI JSBN

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai asas dalam bidang masing-masing.
  • Umur 21 tahun - 50 tahun
  • Mempunyai peribadi dan latar belakang yang baik serta tiada rekod jenayah.
  • Jurulatih diiktiraf selepas menghadiri kursus Jurulatih Seni Budaya Negara dan lulus ujian.

PERMOHONAN KURSUS JSBN

  • Sila rujuk JKKN negeri yang berhampiran
  • Isi borang yang disediakan dan disahkan oleh Pengarah JKKN negeri

TANDA PENGENALAN JSBN

JSBN yang lulus Peperiksaan Penilaian Jurulatih (PPJ) akan ditauliahkan sebagai JSBN dengan menerima Sijil Pengiktirafan JSBN dan Kad JSBN yang mengandungi nombor JSBN dan maklumat lain jurulatih

TEMPO SAH JSBN

Tempoh sah JSBN dua (2) tahun sahaja

KELEBIHAN

JSBN layak menerima bayaran berdasarkan kadar yang ditetapkan jika terlibat didalam mana-mana program yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Kadar bayaran adalah tertakluk kepada kelulusan oleh pihak penganjur.

OBJEKTIF

JURULATIH SENI BUDAYA NEGARA adalah tenaga pengajar terlatih di dalam bidang-bidang seni tertentu iaitu tari, teater, muzik (kompang / gamelan), silat, gasing dan seni berbahasa yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Bahagian Bimbingan Seni Budaya
Ibu Pejabat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 26 , Menara TH Perdana
Lot 1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-2614 8200 / 2011 / 8287
No.Faks: 03 2614 8394
E-mel:
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.