Program Keusahawanan seni budaya merupakan penggalakan kepada usahawan seni budaya dalam menjana pendapatan seperti berikut:

I. Makmal Usahawan Seni Budaya (MAUS):

Program berbentuk makmal yang memfokuskan peningkatan kemahiran serta teknik berkesan dalam aktiviti jualan dan pemasaran melalui platform digital bagi membantu usahawan seni budaya menghadapi cabaran perubahan kehidupan baru ‘new norm’ dan berdaya saing.

II. Laman Sesawang Usahawan Seni Budaya Malaysia

Program pewujudan dan pengumpulan data usahawan digital seni budaya melalui pembinaan laman web interaktif merupakan jalinan kerjasama di antara JKKN bersama Persatuan Usahawan Seni Budaya Malaysia (PUSM) yang bertujuan untuk:

• Menyediakan saluran khusus kepada para penggiat dan usahawan seni budaya menggunakan platform digital dalam pendaftaran keahlian, promosi program dan meningkatkan silang niaga di kalangan ahli.

• Mendapatkan data secara sistematik dan tepat dalam membantu perancangan dan pembangunan usahawan seni budaya.

• Menyediakan platform rujukan kepada penggiat seni budaya dan usahawan seni budaya serta pihak berkepentingan sebagai pangkalan data yang berwibawa.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Laman Sesawang Persatuan Usahawan Seni Budaya. Klik di SINI.

Bahagian Pembangunan Produk Seni Budaya
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
Aras 19, Menara TH Perdana,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

No.Telefon: 03-2614 8200
E-mel: ppsb[at]jkkn.gov.my