JKKN telah dilantik sebagai Badan Peneraju Industri - Industry Lead Body (ILB) bidang Seni Budaya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia bermula pada tahun 2018 yang bertanggungjawab dalam memperkasakan bidang kemahiran seni budaya. Pelaksanaan aktiviti JKKN sebagai ILB Seni Budaya adalah seperti berikut :

i. Pembangunan Occupational Framework (OF) berdasarkan Malaysian Standard Industrial Classification (MSIC) 2008, Section R: Arts, Entertainment and Recreation, Division R90 Creative Arts and Entertainment Activities;

ii. Pembangunan / Kajian Semula Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) @ National Occupational Skills Standard (NOSS) bidang seni budaya;

iii. Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) kepada Penggiat Industri Seni Budaya;

iv. Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi GENIUS Seni Tari dan GENIUS Seni Koir; 

v. Promosi program Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) bidang seni budaya; 

vi. Jaringan kerjasama pintar dengan Agensi Kerajaan, Swasta, Syarikat Seni, Persatuan Seni Budaya, Pusat Bertauliah, Pusat SLDN dan Venue Provider bagi mendapatkan input, panel, data dan pelaksanaan program kemahiran seni budaya.


Sekretariat Industry Lead Body (ILB) Seni Budaya
Bahagian Pembangunan Produk Seni Budaya
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
Aras 19, Menara TH Perdana,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

No.Telefon  : 03-2614 8200
E-mel          : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Lampiran

  • MAKLUMAT JKKN INDUSTRY LEAD BODY (ILB) SENI BUDAYA
  • KAEDAH PERMOHONAN SKM-PPT SECARA PORTFOLIO ATAU PENILAIAN AMALI (JKKN ILB SENI BUDAYA)
  • OCCUPATIONAL FRAMEWORK MSIC CODE R90, CREATIVE, ARTS AND ENTERTAINMENT ACTIVITIES (OF) JKKN ILB ARTS AND CULTURE