Bahagian Pengukuhan Seni dan Budaya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Tahun 2020

SYARAT PERMOHONAN / PENDAFTARAN

Syarat

  • Warganegara Malaysia
  • Bergiat secara AKTIF dalam bidang seni budaya sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga (3) tahun di peringkat daerah/negeri/kebangsaan/antarabangsa dan telah diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Aktif dalam menyertai/mengajar/membuat produk/melaksanakan program/aktiviti seni budaya sekurang-kurangnya dalam tempoh Tiga (3) tahun.
  • Mempunyai peribadi dan latar belakang yang baik serta tiada rekod jenayah.
Tatacara Pendaftaran
Semua permohonan mestilah melalui laman rasmi JKKN dengan disertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut:-
  • Maklumat sumbangan/pengalaman dalam bidang yang diceburi;(Salinan sijil disertakan)
  • Pengesahan keahlian mana-mana pertubuhan/ persatuan seni,kebudayaan atau warisan;(Jika Berkaitan)
  • Pengesahan Pegawai Kerajaan/Ketua Kampung/ Pengerusi Persatuan Seni Budaya

KELEBIHAN

  • Senarai nama akan dimasukkan ke dalam pengkalan data jabatan untuk rujukan
  • Akan diberikan info-info terkini jabatan/ kementerian berkaitan program/aktiviti
  • Bantuan Tabung Kebajikan Penggiat Seni (TKPS) MOTAC

Objektif

Pendaftaran Penggiat Seni Budaya ini adalah untuk tujuan rujukan dan simpanan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Ibu Pejabat dan juga JKKN Negeri-Negeri selain memberi panduan kepada semua pihak yang berkaitan.

 

 

Bahagian Pengukuhan Seni dan Budaya
Ibu Pejabat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 30 , Menara TH Perdana
Lot 1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-2614 8200
No.Faks       : 03 2697 1066
E-mel           : psnb[at]jkkn.gov.my