Panggung Seni Tradisional (PST) merupakan medium persembahan Kesenian Tradisional Malaysia yang autentik dan klasik, dilaksanakan secara berjadual di Kuala Lumpur sejak tahun 2013 sehinggalah kini. Bermula tahun 2019 pula, pelaksanaan program ini telah disebarluaskan ke peringkat negeri melalui JKKN Negeri. Persembahan Panggung Seni Tradisional merangkumi tiga (3) genre kesenian iaitu Tari, Muzik dan Teater. Pada dasarnya, penganjuran program ini sebagai langkah pemuliharaan dan pengekalan seni warisan serta memartabatkan kesenian ini ke tahap yang lebih cemerlang. Selain itu, ia bertujuan untuk menjadikan Kuala Lumpur dan setiap negeri sebagai hab persembahan kesenian tradisional seterusnya mengangkat program ini sebagai produk pelancongan. Di samping itu, ia turut bertujuan untuk memupuk minat dan cintakan seni warisan negara dalam kalangan masyarakat serta para pelancong asing dan tempatan.


Keindahan kebudayaan dan kesenian tradisional masyarakat majmuk Malaysia disarikan melalui lima (5) persembahan yang kaya dengan nilai estetika di dalam Panggung Seni Tradisional 2024 atau singkatannya PST2024. Ia bukan sekadar persembahan sehala tetapi merupakan serampang dua mata kepada kumpulan atau persatuan seni budaya untuk mempelajari perlaksanaan sesebuah produksi bagi sesuatu persembahan.

Ini bertepatan dengan Teras Strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) untuk mempertingkatkan kebolehcapaian perkhidmatan seni dan budaya kepada komuniti bagi kesejahteraan rakyat.

Setelah 11 tahun menelusuri seawal persembahan PST dari 2013, kali ini PST2024 menampilkan hasil karya hebat lima (5) kumpulan yang akan menemui penonton secara langsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia atau MaTiC pada:

24 & 25 Mei 2024
Tajuk : “RONGGENG MELAYU”
Genre : Tarian dan Muzik Melayu
Karya : Nusantara Performing Arts Research Center (NUSPARC)

28 & 29 Jun 2024
Tajuk : “GEMA KESENIAN CINA MALAYSIA”
Genre : Rampaian Tradisional Cina
Karya : Pertubuhan Kumpulan Kesenian Mahligai Budaya Kuantan

6 & 7 September 2024
Tajuk :“KOBAU DEN LOPEH”
Genre : Teater Tradisional Randai
Karya : Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan

27 & 28 September 2024
Tajuk : “AYYAPPA”
Genre : Teater Klasik India
Karya : Pertubuhan Kesenian dan Kebudayaan
Sri Rathakrishanan Music & Arts Center

25 & 26 Oktober 2024
Tajuk : “Tugau”
Genre : Teater Lagenda Melanau
Karya : Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching

.

Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan
Ibu Pejabat, abatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 19, Menara TH Perdana,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2614 8200 / 8202 / 8214 / 8261 / 8260