Panggung Seni Tradisional
Panggung Seni Tradisional (PST) merupakan medium persembahan Kesenian Tradisional Malaysia yang autentik dan klasik, dilaksanakan secara berjadual di Kuala Lumpur sejak tahun 2013 sehinggalah kini. Bermula tahun 2019 pula, pelaksanaan program ini telah disebarluaskan ke peringkat negeri melalui JKKN Negeri. Persembahan Panggung Seni Tradisional merangkumi tiga (3) genre kesenian iaitu Tari, Muzik dan Teater. Pada dasarnya, penganjuran program ini sebagai langkah pemuliharaan dan pengekalan seni warisan serta memartabatkan kesenian ini ke tahap yang lebih cemerlang. Selain itu, ia bertujuan untuk menjadikan Kuala Lumpur dan setiap negeri sebagai hab persembahan kesenian tradisional seterusnya mengangkat program ini sebagai produk pelancongan. Di samping itu, ia turut bertujuan untuk memupuk minat dan cintakan seni warisan negara dalam kalangan masyarakat serta para pelancong asing dan tempatan.

PANGGUNG SENI TRADISIONAL 2025
Keindahan kebudayaan dan kesenian tradisional masyarakat majmuk Malaysia diserlahkan menerusi lima (5) persembahan yang sarat dengan nilai estetika dalam Panggung Seni Tradisional 2025 (PST2025). Program ini bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi turut berfungsi sebagai platform pembelajaran bagi kumpulan atau persatuan seni budaya dalam memahami dan menguasai aspek perlaksanaan produksi sesebuah persembahan.
Hal ini selaras dengan Teras Strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang bertujuan mempertingkatkan kebolehcapaian perkhidmatan seni dan budaya kepada komuniti, sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.
Menelusuri 12 tahun persembahan PST seawal dari 2013, PST2025 bakal menampilkan karya unggul daripada lima (5) kumpulan yang akan dipersembahkan secara langsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada:
23 & 24 Mei 2025
Tajuk : “IRAMA GHAZAL JOHOR”
Genre : Muzik Ghazal
Karya : Rangkaian Ghazal Johor
28 & 29 Jun 2025
Tajuk : “IRAMA LINGNAN”
Genre : Opera Cina Kantonis
Karya : Persatuan Pat Woh Malaysia
25 & 26 Julai 2025
Tajuk :“TEMASYA TARI MELAYU: LAMA DALAM BAHARU”
Genre : Tarian Melayu
Karya : Kumpulan Kesenian Universiti Malaya
6 & 7 September 2025
Tajuk : “PARAMPARA”
Genre : Tarian Klasik India
Karya : Angika Fine Arts
26 & 27 September 2025
Tajuk : “KEMBARA PUTERA”
Genre : Teater Jikey Langkawi
Karya : Persatuan Penggiat Seni Kreatif Kedah
Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan
Ibu Pejabat, abatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 19, Menara TH Perdana,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2614 8200 / 8202 / 8214 / 8261 / 8260