Pengenalan KK JKKN

Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia adalah kumpulan kesenian yang menyediakan persembahan kebudayaan Malaysia dan juga Antarabangsa. Ia juga dikenali sebagai kumpulan artistik professional, terlatih dan cemerlang di dalam memartabatkan seni dan budaya di Malaysia

  • Kumpulan Kesenian JKKN adalah sebuah unit di bawah Bahagian Pembangunan Produksi dan Artistik, JKKN. Kumpulan Kesenian JKKN ini juga sering diundang untuk mengambil bahagian di dalam festival seni bagi tujuan mempromosikan budaya dan warisan kebangsaan di peringkat domestic mahupun peringkat Antarabangsa. Artis Budaya JKKN merupakan duta kebudayaan negara yang secara langsung mempromosi dan memelihara seni dan budaya tanah air melalui acara – acara di pelbagai peringkat.
  • Kelebihan dan kemahiran Artis Budaya JKKN telah membawa perubahan dinamik dalam dunia warisan kebudayaan dan kesenian di Malaysia. Penyampaian secara pendidikan iaitu secara langsung atau tidak langsung oleh Artis Budaya JKKN telah lama diterima sebagai tunggak pembangunan ekonomi alaf baru kerana ia dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berilmu dan berakhlak mulia.
  • Selain bertanggungjawab dalam mengadakan persembahan kebudayaan, khidmat kepakaran Artis Budaya B29 dan B19 disifatkan sebagai pakar rujuk, terutama bagi program pemuliharaan seni dan budaya yang hampir pupus di negara ini. 

Objektif Penubuhan Kumpulan Kesenian Jkkn

  • Bagi mewujudkan kumpulan kesenian yang berkualiti, berketerampilan dan cemerlang.
  • Bagi menyediakan kumpulan pelapis bagi melaksana dan menyemarakkan aktiviti seni budaya. 
  • Membantu dalam mempromosikan negara melalui aktiviti seni budaya di dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa. (Duta produk seni Negara)
  • Membantu JKKN dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu dan mempunyai nilai estetika yang tinggi dalam usaha memartabatkan seni budaya tanahair ke peringkat global. 

Bahagian Pembangunan Produksi dan Artistik
Ibu Pejabat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 30, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

No.Telefon : 03-2614 8200 
No.Faks      : 03-2697 1066

Pakej Persembahan

  • 8 orang ahli muzik profesional 
  • 2 Penyanyi (lelaki / perempuan)
  • Alatan Muzik Lengkap (disediakan)
  • Menggunakan Gabungan Alat Muzik dari pelbagai Kaum dan etnik
  • Pengangkutan ( Ahli Muzik , Alatan Muzik dan teknikal)
  • Harga Tambahan Jika Memerlukan sistem bunyi ("Sound System")
  • Jangka masa Persembahan Maksimum selama 45minit -1 Jam
  • Sesuai untuk muzik iringan/perasmian (Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran / Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi Kerajaan dan Swasta ) 

Kesemua Pemuzik adalah merupakan pemuzik yang profesional dan mempunyai pengalaman dan kebolehan yang diperakui di dalam industri muzik tanah air. Kebanyakan pemuzik yang terlibat untuk kumpulan ini sering membuat persembahan di peringkat nasional dan antarabangsa. Terdiri daripada penari yang berpengalaman luas dalam tarian tradisional Malaysia/etnik dan tarian moden. Pernah mengadakan persembahan tarian di berbagai acara diperingkat nasional dan antarabangsa

  • 10 orang penari profesional
  • 2 orang produksi profesional
  • 4 jenis tarian (mengikut keperluan)
  • Sambutan tetamu
  • Jenis Tarian yang bersesuaian akan ditentukan berdasarkan perbincangan dengan penganjur.
  • Menggunakan muzik playback
  • Pengangkutan ( Penari , props dan kostum)
  • Harga Tambahan Jika Memerlukan sistem bunyi ("Sound System")
  • Harga Tambahan Jika Memerlukan sistem cahaya ("Lighting System")
  • Jangka masa Persembahan 15minit
  • Sesuai untuk Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran / Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi Kerajaan dan Swasta)
  • HARGA yang ditawarkan bagi persembahan di sekitar Lembah Kelang  
  • 18 orang penari profesional
  • 3 orang produksi profesional
  • 8 jenis tarian (mengikut keperluan)
  • Sambutan tetamu
  • Jenis Tarian yang bersesuaian akan ditentukan berdasarkan perbincangan dengan penganjur.
  • Menggunakan muzik playback
  • Pengangkutan ( Penari , props dan kostum)
  • Harga Tambahan Jika Memerlukan sistem bunyi ("Sound System")
  • Harga Tambahan Jika Memerlukan sistem cahaya ("Lighting System")
  • Jangkamasa Persembahan 30 minit
  • Sesuai untuk Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran / Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi Kerajaan dan Swasta)
  • HARGA yang ditawarkan bagi persembahan di sekitar Lembah Kelang 
  • 24 orang penari professional
  • 8 orang ahli muzik profesional
  • 2 Penyanyi (lelaki / perempuan)
  • 3 orang produksi profesional
  • 10 jenis tarian (mengikut keperluan)
  • Sambutan tetamu
  • Jenis Tarian yang bersesuaian akan ditentukan berdasarkan perbincangan dengan penganjur.
  • Menggunakan muzik playback/"Live"
  • Pengangkutan ( Pemuzik/Penari , props,kostum dan alat muzik)
  • Harga Tambahan Jika Memerlukan sistem bunyi ("Sound System")
  • Harga Tambahan Jika Memerlukan sistem cahaya ("Lighting System")
  • Jangkamasa Persembahan 60 minit
  • Sesuai untuk Majlis rasmi / Perkahwinan Eksklusif / Acara pelancaran / Acara antarabangsa dan acara-acara Rasmi Kerajaan dan Swasta)
  • HARGA yang ditawarkan bagi persembahan di sekitar Lembah Kelang