Samsuring bin Meli
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Terengganu

Kompleks JKKN Terengganu
Kuala Ibai,
20400, Kuala Terengganu,
TERENGGANU DARUL IMAN

Telefon : 09-617 8831
Faks : 09-617 8832 

Latar Belakang

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.Terengganu ( JKKN Terengganu ) adalah merupakan salah satu daripada cawangan bagi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di negeri-negeri. Sebelum menjadi sebuah jabatan pada tahun 2004, JKKN adalah merupakan satu bahagian di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang digelar bahagian kebudayaan dan kesenian. Pada masa itu, cawangannya di negeri-negeri dikenali sebagai pejabat kebudayaan dan kesenian negeri - negeri. Bagi cawangannya di Negeri Terengganu, ia dipanggil Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Terengganu.

JKKN Terengganu mempunyai bangunannya yang tersendiri yang digelar Kompleks Taman Budaya Negara Negeri Terengganu. Bangunan yang dibina di atas tanah seluas empat ekar ini terletak di lokasi yang agak cantik iaitu di Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Bangunan Taman Budaya Negeri Terengganu bukan sahaja terletak berhampiran dengan pantai malah dikelilingi oleh lagun dan berhampiran pula dengan beberapa kompleks bangunan kerajaan negeri dan swasta seperti bangunan Kompleks Sukan, Equestrian, Masjid Terapung dan hotel yang bertaraf 4 bintang.

Bangunan Kompleks Taman Budaya Negara Negeri Terengganu yang mana direkabentuk berasaskan kepada ciri-ciri binaan tradisional kaum melayu Terengganu mula dibina pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya dan mula diduduki pada tahun 2002. Ianya menempatkan pejabat pentadbiran dan operasi JKKN Negeri Terengganu yang mempunyai kepegawaian seramai 16 jawatan dengan diketuai oleh pengarah kebudayaan dan kesenian negeri.

Selain daripada pejabat pentadbiran dan operasi yang menduduki bangunan blok pentadbiran, Kompleks Taman Budaya Negara Negeri Terengganu juga mempunyai sebuah auditorium jenis “proceneon” yang boleh memuatkan seramai 422 orang penonton. Di samping itu, satu blok lagi adalah merupakan bangunan blok latihan yang menempatkan studio latihan tari, muzik dan lakonan.

Selaku sebuah cawangan kepada JKKN, JKKN Terengganu bertanggungjawab sepenuhnya kepada JKKN dan KPK. JKKN Negeri Terengganu adalah merupakan agensi pelaksanaan di peringkat negeri kepada program dan aktiviti yang ditetapkan oleh JKKN dan KPK. Di samping itu, JKKN Negeri Terengganu juga membantu melaksanakan program dan aktiviti seni budaya oleh kerajaan Negeri Terengganu.

Tugas dan tanggungjawab utama JKKN Terengganu adalah memastikan semua aktiviti di bawah program pembangunan seni dan budaya yang dirancang dan ditetapkan oleh JKKN dilaksanakan sepenuhnya. Program pembangunan tersebut terdiri daripada aktiviti penyemarakkan dan penggalakkan seni dan budaya, bimbingan dan pendidikan seni dan budaya, perantisan dan penyelidikan, pemuliharaan dan juga bantuan.

Kini JKKN Terengganu diletakkan dibawah agensi KPK (Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia). 

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya;
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara;
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya;
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara; DAN
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.

Pusat Sumber Seni Budaya

  • Menyediakan ruang yang menempatkan bahan-bahan rujukan seperti buku, majalah, laporan dan cd/vcd untuk panduan dan rujukan pelajar, pengkaji budaya, pencinta seni dan orang awam.

Kejurulatihan

  • Jabatan mempunyai 2 orang Artis Budaya / Jurulatih dalam Bidang Tari dan Bidang Teater. Khidmat jurulatih ini boleh dipohon bagi mengajar dalam bidang masing-masing.
  • Persembahan berkala ( persembahan kesenian tarian & muzik )
  • Senam Seni ( bersenam beramai-ramai )
  • Bengkel / kelas lakon @ teater, tarian, muzik (Jom Belajar) 
  • Bazar Seni 
  • Auditorium (422 Kerusi)
  • Studio Lakon / Tari / Muzik
  • Galeri Seni Budaya
  • Pusat Sumber Seni Budaya
  • Surau lelaki / wanita
  • Tandas Awam
  • Tempat letak kereta / motorsikal
  • Tandas OKU 
  • Bilik Mesyuarat pelbagai guna
  • Gelanggang Gasing
  • Cafe 
  • Masjid Sultanah Nur Zahirah ( Masjid Terapung)
  • Taman Rekreasi Kuala Ibai
  • Lagun Kuala Ibai
  • Terengganu Equestrian Resort
  • Kompleks Sukan (indoor) 
  •  Kompleks Renang
  • Hotel Prinz Park (Bertaraf 3 Bintang).
  • Pusat Keropok Segar Kuala Ibai
  • Stesen Minyak Petronas / Shell / Petron
  • Pasaraya Mydin Kuala Ibai
  •  Ibai Golf & Resort
  • Nor Arfa Batik. 
  • Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam dengan menaiki bas Kayu Tradisional yang dinamakan sebagai “Cah Ligah” dari Terminal Bas Kuala Terengganu dengan bayaran sebanyak RM2.00 atau menaiki teksi dari Terminal Bas Kuala Terengganu dengan kadar tambang sekitar RM10.00 – RM15.00

Kemudahan / Fasiliti JKKN Terengganu

JKKN Terengganu

JKKN Terengganu