Noor Seela Binti Noor Sulaiman
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak


Tingkat 5 Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93000, Kuching,
SARAWAK

Telefon : 082-422 006 / 423 106
Faks : 082-244 394 

Latar Belakang

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak (JKKN Sarawak), yang lebih dikenali sebagai sebuah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti seni dan budaya di negeri Sarawak. Penubuhan jabatan ini adalah untuk memupuk rasa cinta kepada aktiviti seni dan budaya oleh masyarakat di negeri Sarawak dengan penganjuran aktiviti-aktiviti di lokasi yang terpilih dan memastikan penglibatan penyertaan masyarakat pelbagai kaum.

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di peringkat antarabangsa.

Namun demikian pelaksanaan dasar ini adalah suatu proses yang rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja menghapuskan perbezaan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. 

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya;
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara;
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya;
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara; DAN
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri
  • Persembahan kesenian
  • Pemasaran produk seni tempatan
  • Memberi khidmat nasihat kepada pertubuhan-pertubuhan kebudayaan tempatan 

Kemudahan / Fasiliti JKKN Sarawak 

Bangunan Pejabat