Pengenalan

Insentif Seni JKKN merupakan penjenamaan beberapa bentuk bantuan dan perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh JKKN kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seni budaya dan penggiat seni budaya bagi menambah upaya mereka untuk melaksanakan program dan aktiviti berkaitan seni budaya.

JKKN menawarkan empat (4) insentif kepada NGO dan penggiat seni di dalam membangunkan dan mengembangkan seni budaya. Berikut adalah insentif-insentif yang ditawarkan; 

  • Insentif Seni Kewangan
  • Insentif Seni Ruang
  • Insentif Seni Kepakaran
  • Insentif Seni Promosi

Objektif

  • Menggalakkan pembangunan kandungan tempatan dan produk seni budaya;
  • Menggalakkan penghasilan karya dan produk seni yang berkos rendah tetapi berimpak tinggi;
  • Membangunkan bakat dan meningkatkan kemahiran dalam bidang seni budaya;
  •  Menjadikan kompleks JKKN sebagai pusat sehenti program dan aktiviti seni budaya;
  • Memperkasakan BBK dan penggiat seni melalui khidmat nasihat dan tunjuk ajar;
  • Membantu menghebahkan program dan aktiviti seni budaya anjuran BBK dan penggiat seni; dan
  • Meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat mengenai seni dan budaya. 


* Badan Bukan Kerajaan (BBK) = Non-Government Organisation (NGO)

Bahagian Pengukuhan Seni Dan Budaya (PS&B)
Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN)
Aras 30, Menara TH Perdana
Lot 1001, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03 2614 8200 / 8264 / 8233 / 8293 
No.Faks       : 03 2697 1066
E-Mel          : psnb[at]jkkn.gov.my

TARIKH BUKA PERMOHONAN SESI ITARIKH TUTUP PERMOHONAN SESI IKEPUTUSAN PERMOHONAN
1 Februari 2023

28 Februari 2023 (Selasa)

Minggu ke- 3 Bulan Mac 2023
TARIKH BUKA PERMOHONAN SESI IITARIKH TUTUP PERMOHONAN SESI IIKEPUTUSAN PERMOHONAN
1 Februari 2023

27 Mac 2023 (Isnin)

Minggu Kedua Bulan Mei 2023
TARIKH BUKA PERMOHONAN SESI IIITARIKH TUTUP PERMOHONAN SESI IIIKEPUTUSAN PERMOHONAN
1 Februari 2023

8 Mei 2023 (Isnin)

Minggu Kedua Bulan Jun 2023
TARIKH BUKA PERMOHONAN SESI IVTARIKH TUTUP PERMOHONAN SESI IVKEPUTUSAN PERMOHONAN
1 Februari 2023

8 Jun 2023 (Khamis)

Minggu Ketiga Bulan Julai 2023
  • Bantuan kewangan berupa modal permulaan untuk menampung sebahagian kos program/ aktiviti seni dan budaya.
  • Maksimum pemberian bantuan adalah sebanyak RM15,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Belas Ribu Sahaja)
  • NGO seni budaya mesti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966;
  • Yayasan berkaitan seni budaya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bukan bersifat keuntungan boleh dipertimbangkan permohonannya dengan menyertakan dokumen tambahan. (Dokumen yang menyatakan Yayasan tersebut bukan bersifat keuntungan)
    Semua pemohon wajib mendaftar sebagai NGO seni budaya JKKN di dalam laman sesawang Rumah Seni JKKN di (https://rumahsenijkkn.my/)
  • Status pemohon masih AKTIF ketika tarikh permohonan dan program.
  • Pertimbangan hanya kepada program yang dilaksanakan antara Mac 2023 sehingga 31 Oktober 2023 sahaja
  • Berikut adalah skop program / aktiviti seni budaya yang akan dipertimbangkan untuk bantuan;

    7.1 Pembangunan Kandungan;
    7.2 Pembangunan Kapasiti dan Sidang Keilmuan;
    7.3 Penyelidikan dan Pembangunan Seni Budaya;
    7.4 Pembangunan Modal Insan Seni;
    7.5 Program Jangkauan Seni Budaya; dan
    7.6 Program Penyemarakan Seni Budaya

  • Keutamaan pertimbangan adalah bagi program/ aktiviti seni budaya yang berasaskan atau mengangkat seni, budaya dan warisan Malaysia.
  • Bidang seni dan budaya tradisional yang dipertimbangkan adalah seperti berikut;

    9.1 Adat dan budaya
    9.2 Teater
    9.3 Muzik Tradisional
    9.4 Tarian Malaysia
    9.5 Puisi Tradisional
    9.6 Permainan Tradisional
    9.7 Seni Mempertahankan Diri Tradisional  
  • Bagi maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi pegawai penyelaras di JKKN negeri. (Sila rujuk nombor telefon JKKN negeri seperti di bawah).  
  • Insentif seni ruang berupa kebenaran penggunaan ruang di kompleks JKKN oleh penggiat seni dan BBK seni budaya bagi pelaksanaan program dan aktiviti seni budaya secara kerjasama.
  • Bentuk program dan aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah;
    2.1 persembahan dan pertandingan berkaitan seni budaya;
    2.2 program keilmuan berkaitan seni budaya;
    2.3 bengkel seni budaya; dan
    2.4 pertemuan dan mesyuarat oleh BBK seni budaya. 
  • Bagi maklumat lanjut, pemohon boleh memuat turun Garis Panduan Permohonan Insentif Seni Ruang di bawah
  • Insentif berupa khidmat nasihat, tunjuk ajar dan panduan oleh pegawai JKKN dan artis budaya yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang seni budaya kepada penggiat seni dan BBK seni budaya.
  • Bidang-bidang seni dan budaya yang akan dibantu ialah;
    2.1 Teater
          Pengarahan
          Sinografi
          Lakon
          Pembuatan Props dan Set

    2.2 Tari
          Koreografi
          Tata Rias
          Pembuatan/ Pemakaian Busana

    2.3 Muzik
          Komposisi
          Alat Muzik
          Vokal

    2.4 Teknikal
          Sistem Bunyi
          Sistem Pencahayaan
          Pereka

    2.5 Pengurusan dan Acara
          Produksi
          Pengurusan Pentas
          Pengurusan Acara
          Kewangan
          Kertas Kerja

    2.6 Penyelidikan
          Maklumat Seni Budaya
          Metodologi
          Pemetaan Budaya
          Pemudahcara
  • Cara Memohon:

    3.1 Pemohon menghantar surat rasmi ke Ketua Pengarah JKKN atau Pengarah JKKN negeri bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran daripada pegawai atau
         artis budaya JKKN. Tajuk surat, PERMOHONAN BAGI KHIDMAT NASIHAT DAN KEPAKARAN (NAMA PROGRAM/PERKARA) MELALUI
         INSENTIF SENI-KEPAKARAN


    3.2 Pemohon juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran daripada pegawai atau artis budaya JKKN secara terus dengan menghubungi terus pegawai atau
          artis budaya yang dikehendaki.

    3.3 Pegawai atau artis budaya JKKN yang dihubungi terus oleh pemohon perlu memaklumkan kepada Ketua Pengarah atau Pengarah JKKN negeri / Bahagian
          mengenai khidmat nasihat yang telah dan akan diberikan. 
  • Insentif berupa bantuan untuk menghebahkan dan mempromosikan produk dan program seni budaya penggiat seni, BBK dan syarikat seni melalui medium digital dan media sosial JKKN. 
  • Pegawai Unit Komunikasi Korporat JKKN juga menyediakan khidmat nasihat dan panduan bagi cara-cara dan kaedah bagi mempromosikan program/aktiviti, cara-cara pelaksanaan sidang media dan temubual di TV & Radio.
  • Cara-cara memohon:

    3.1 Pemohon perlu menghantar surat permohonan kepada Ketua Pengarah JKKN atau Pengarah, JKKN Negeri. Tajuk surat, PERMOHONAN BAGI MEMBANTU MEMPROMOSIKAN (NAMA PROGRAM/AKTIVTI) MELALUI INSENTIF SENI-PROMOSI JKKN

    3.2 Pemohon perlu menyertakan kertas kerja program dan salinan lembut ("softcopy") bahan promosi seperti poster program.

    3.3 Pengarah JKKN Negeri atau Pengarah Bahagian di ibu pejabat akan membuat ulasan, syor dan sokongan bagi semua permohonan insentif promosi.

    3.4 Bahan promosi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah JKKN akan disiarkan di laman web dan media sosial JKKN sehingga program selesai
  • Klik Disini untuk melihat Senarai Penerima Bantuan Insentif Seni Kewangan 2022.