PERANAN SUKARELAWAN

  • Sukarelawan akan diberikan tugasan mengikut kesesuaian tempat/program yang dijalankan atau mengikut kepakaran masing-masing.
  • Tugas/peranan sukarelawan budaya pula adalah tidak menjurus kepada sesuatu bidang sahaja tetapi lebih menyeluruh. Sukarelawan Budaya hendaklah lebih bersifat "multitasking". Sebagai contoh sukarelawan budaya tidak hanya tertumpu kepada kerja-kerja di belakang pentas sahaja tetapi boleh juga sama-sama terlibat sebagai "frontliner" bagi program/aktiviti jabatan.

RINGKASAN PROGRAM/AKTIVITI

  • Program ini adalah penjenamaan semula Kem Sukarelawan Budaya
  • Membangunkan "culture volunteerism" dalam kalangan rakyat Malaysia terutama golongan remaja dan belia bagi menyemarakkan pembangunan aktiviti kebudayaan dan kesenian.
  • Mewujudkan pangkalan data sukarelawan budaya kebangsaan.

OBJEKTIF/PENGENALAN

  • Melahirkan dan mewujudkan kumpulan sukarelawan yang membantu secara berterusan melalui program-program anjuran JKKN.
  • Membangunkan semangat kesukarelaan sebagai amalan nilai murni masyarakat.

Bahagian Pengukuhan Seni Budaya
Ibu Pejabat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 30 , Menara TH Perdana
Lot 1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

No. Telefon : 03-2614 8200 / 8298 
No.Faks       : 03 2697 1066
Emel            : psnb[at]jkkn.gov.my