Pendaftaran Badan Bukan Kerajaan (NGO) JKKN
Bahagian Pengukuhan Seni dan Budaya

Syarat Permohonan/Pendaftaran


Syarat :

  • Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 atau berdaftar dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti       1974.
  • Pendaftaran yang masih sah.
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO) merupakan sebuah persatuan seni budaya.
Tatacara Pendaftaran :
Semua pendaftaran mestilah melalui laman rasmi JKKN dengan disertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut:-
  • Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan (Akta Pertubuhan 1966) yang disahkan atau Surat Perakuan daripada Universiti di mana NGO berdaftar di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974;
  • Senarai Ahli Jawatankuasa;(terkini)
  • Jumlah Ahli Persatuan;(terkini)
  • Nama pegawai untuk dihubungi;

Kelebihan

  • Senarai nama akan dimasukkan ke dalam pengkalan data jabatan untuk rujukan
  • Akan diberikan info-info terkini jabatan/ kementerian berkaitan program/aktiviti seperti berikut:-
    • Bantuan Kewangan
    • Bantuan Promosi
    • Bantuan Ruang
    • Bantuan Khidmat Nasihat
    • Bantuan Pihak Lain
    • Kursus
    • Bengkel
    • Kemahiran
    • Mendapat keutamaan dalam permohonan bantuan dibawah Insentif Seni JKKN untuk pelaksanaan program/aktiviti

Objektif

Pendaftaran BBK, ini adalah untuk tujuan rujukan dan simpanan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Ibu Pejabat dan juga JKKN Negeri-Negeri selain memberi panduan kepada semua pihak yang berkaitan.

Bahagian Pengukuhan Seni dan Budaya
Ibu Pejabat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 30, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

No.Telefon : 03-2614 8200 
No.Faks      : 03-2697 1066
E-mel         : psnb[at]jkkn.gov.my