Jasmi bin Rasit
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah


Kompleks JKKN Sabah,
Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu
SABAH

Telefon : 088-237 052 / 051
Faks     : 088-242 052

Latar Belakang

• Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah merupakan salah satu program di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK9). Kerajaan Negeri sabah telah meluluskan tanah rizab di Batu 2, Jalan Penampang seluas 1.3 hektar pada 4 Oktober 2001 untuk pembinaan Kompleks JKKN Sabah dan kos pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

• Kompleks ini mula dibina pada 13 Disember 2007 dan siap sepenuhnya pada Mac 2012. Rekabentuk kompleks ini diilhamkan dari konsep ciri-ciri rumah tradisional pelbagai etnik Sabah. Struktur bumbungnya daripada Etnik Bonggi dan perabungnya menerapkan motif Etnik Bajau Semporna dan Iranun yan dikenali sebagai Tudjah dan layang-layang.

• Gabungan pelbagai motif yang menghiasi keseluruhan ruang bangunan ini daripada etnik Kadazan Dusun Murut. Struktur dinding dan pintu gerbangnya menggambarkan rumah panjang Etnik Rungus. Tingkap kaca bermotifkan bunga rafflesia iaitu bunga terbesar di Asia Tenggara.

    • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya;

     • Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (BBK) dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara

     • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya

     • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancongan dalam dan luar negara

     • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.


    • Khidmat nasihat dan kepakaran kejurulatihan

    • Khidmat nasihat teknikal dan artistik

    • Khidmat nasihat penggiat seni dan BBK

    • Peminjaman dan bahan rujukan buku-buku di Pusat Sumber

    • Penggunaan ruang Kompleks JKKN Sabah

    • Peminjaman fasiliti JKKN Sabah seperti pentas bergerak

    • Perkhidmatan kumpulan persembahan
     



      1. BAHAGIAN PENGEMBANGAN SENI BUDAYA

      • Festival Teater
      • Festival Tari
      • Permainan Tradisional
      • Program Mysenibudaya: Rytham Of Kinabalu (ROK)

      2. BAHAGIAN BIMBINGAN SENI BUDAYA

      • Program Jurulatih Seni Budaya Negara
      • Program Bimbingan Seni Budaya (KTB/KGB)
      • Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang(KBSC)
      • Program Jom Belajar
      • Khidmat Nasihat Kejurulatihan

      3. BAHAGIAN PEMBANGUNAN PRODUKSI DAN ARTISTIK

      • Program Arts On Wheels (Pentas Bergerak)
      • Khidmat Nasihat Teknikal Dan Artistik

      4. BAHAGIAN PENGUKUHAN SENI DAN BUDAYA

      • Program Penyemarakan Nilai-Nilai Murni: Syarahan Budaya
      • Bantuan Kebudayaan
      • Khidmat Nasihat Penggiat Seni Dan BBK

      5. BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

      • Program Penyelidikan Seni Budaya
      • Program Perantisan
      • Pemetaan Budaya

      6. BAHAGIAN PEMBANGUNAN PRODUK SENI DAN BUDAYA

      • Pengumpulan Data Seni Budaya
      • Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) / Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
      • Sesi Libat Urus

      7. BAHAGIAN DOKUMENTASI DAN PENERBITAN

      • Jualan Dan Pemasaran Bahan Terbitan Jkkn
      • Pengumpulan Bahan Rakaman Video Dan Gambar Pegun
      • Sebar Luas Maklumat Pusat Sumber
      • Pengumpulan Bahan Penjilidan
      • Peminjaman Buku-Bukus

        • Auditorium
        • Pusat Sumber
        • Bilik Mesyuarat
        • Bilik Ngo
        • Bilik Seminar
        • Ruang Studio Latihan Tari/Teater/Muzik
        • Ruang Parkir Kereta / Motorsikal
        • Studio Mini Jkkn
        • Mini Galeri Dan Ruang Pameran
        • Pentas Terbuka
        • Gelanggang Gasing
        • Surau Lelaki Dan Wanita
        • Tandas
        • Pentas Bergerak.

          • Hospital Queen Elizabeth
          • Perpustakaan Negeri
          • Pusat Rekreasi (Tempat Bersenam)
          • Pusat Bandar Kota Kinabalu
          • Stesen Minyak Petronas Dan Shell
          • Kemudahan Mesin ATM
          • Restoran Dan Café
          • Supermarket
          • Sekolah Rendah Dan Menengah

            • Pengunjung boleh menggunakan pengangkutan awam dengan menaiki teksi dan e-hailing untuk terus sampai ke kompleks JKKN Sabah. Pengunjung yang menaiki bas awam hendaklah berjalan kaki dari jalan utama sekitar 5 minit untuk sampai ke kompleks JKKN Sabah.

              percubaan

              Kemudahan / Fasiliti JKKN Sabah

              JKKN Sabah