JKKN Melaka
Ezlina binti Alias
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka
Kompleks JKKN Melaka
Hang Tuah Jaya, Lebuh Ayer Keroh,
75450 MELAKA
Telefon : 06-233 1787 / 233 1790
Faks : 06-233 1784
Latar Belakang
Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka yang dahulunya dikenali sebagai Taman Budaya Negeri Melaka telah mula dibina pada bulan Jun 2003 dan telah siap dibina pada bulan Disember 2004 di atas tanah berukuran 9.0 ekar di atas sebahagian Lot 12332 Mukim Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah, Melaka. Kompleks JKKN Melaka ini terletak 1 KM dari Plaza Tol Ayer Keroh dan bersebelahan dengan Hotel Seri Malaysia.
Matlamat pembinaan Kompleks JKKN Melaka adalah untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti kebudayaan Negeri Melaka dan pusat rujukan kebudayaan dan kesenian tempatan. Pembinaannya adalah untuk membantu penggiat / karyawan Seni Budaya serta masyarakat setempat bersama-sama menyemarakkan seni dan budaya di Negeri Melaka.
- Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya;
- Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara;
- Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya;
- Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara; DAN
- Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
- Sewaan ruang:- Auditorium, Bilik Seminar dan Studio Latihan
- Persembahan kesenian oleh Kumpulan Kesenian Jabatan (KKJ)
- Khidmat kejurulatihan dalam Bidang Tari dan Teater
- Pusat Sumber
- Khidmat nasihat berkaitan seni dan budaya
- Festival Tari Negeri
- Program Merakyatkan Seni dan Budaya
- Program Bimbingan Seni dan Budaya
- Persembahan Berjadual
- Serlahan Budi
- Sukarelawan Budaya
- Bazar Seni 2016
- Makmal Inovasi dan Usahawan Produk Seni dan Budaya
- Mentor dan Mentee
- Auditorium
- Pentas terbuka/ laman seni
- Bilik Seminar
- Studio Lakon / Tari / Muzik
- Galeri Seni Budaya
- Pusat Sumber
- Bilik Mesyuarat Tun Perak
- Bilik Mesyuarat Tun Kudu
- Surau lelaki / wanita
- Tempat letak kereta / motorsikal
- Hotel Seri Malaysia
- Puteri Resort
- Kompleks Kraftangan
- Mydin MITC
- Zoo Melaka
- Taman Burung
- Taman Botanikal
- Taman Buaya
- Melaka Wonderland
- Taman Mini Malaysia dan Mini Asean
- Para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bas yang bernombor 1B MS-Tampin di Melaka Sentral dengan harga tiket RM2.50. Selain daripada itu, para pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan teksi di Melaka Sentral dengan harga RM30.00.