Dayang Kartini binti Awang Bujang
Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan

Kompleks JKKN Kelantan
Lot 1993, Seksyen 49,Tanjong Chat,
15200, Kota Bharu,
KELANTAN DARUL NAIM

Telefon : 09-741 7000
Faks : 09-741 7004 

Latar Belakang

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan merupakan infrastruktur bagi aktiviti seni budaya. Pembinaanya adalah untuk membantu penggiat / karyawan Seni Budaya serta masyarakat setempat bersama- sama rakyat bagi menyemarakkan seni dan budaya di Negeri Kelantan. Ia berfungsi bagi mencapai objektif secara teratur, teracang dan selaras dengan Gagasan 1Malaysia.

Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan telah mula dibina pada tanggal 14 September 2006 dan telah siap dibina sepenuhnya pada 19 Mei 2010 diatas tanah berukuran 6.6 ekar di Lot 1993, Seksyen 49 Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan. Terletak 2 Km dari Pusat Pandar Kota Bharu dan berhadapan dengan taman rekreasi dan riadah Taman Perbandaran Tengku Anis, Kota Bharu.

Pembinaan Kompleks ini adalah melalui peruntukan Rancangan Malaysia ke-9 dan merupakan Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang ke-10 yang dibina di bawah penyeliaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada ketika itu.

Dengan terbina kompleks yang tersergam indah, terbesar dan tercanggih di negara ini, ianya membuktikan kepada rakyat bahawa pihak kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini malah sentiasa diberi keutamaan dan prasarana ini adalah sokongan ke arah industri pelancongan berasaskan seni budaya. 

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya;
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara;
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya;
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara; DAN
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.



Galeri Seni

  • Galeri Seni JKKN Kelantan telah diwujudkan pada tahun 2015 dan telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada 12 Jun 2015. Galeri ini terletak ditingkat bawah Blok Pentadbiran JKKN. Pelbagai maklumat berkaitan kesenian tradisional Negeri Kelantan dipamerkan seperti Mak Yong, Menora, Wayang Kulit, Gasing, dan peralatan muzik tradisional Negeri Kelantan seperti Kertuk dan Rebana Ubi. 

Pusat Sumber

  • Pusat Sumber JKKN Kelantan merupakan pusat rujukan maklumat seni budaya yang menyokong keperluan penyelidikan bagi kakitangan pejabat dan negeri-negeri, penyelidik seni budaya, pelajar IPTA dan IPTS, pelajar sekolah serta orang perseorangan. Pusat Sumber ini mempunyai bahan-bahan terbitan JKKN dan daripada terbitan luar dalam bentuk buku, CD, VCD, majalah, risalah, laporan dan bahan kajian/penyelidikan. Pusat Sumber ini boleh dikunjungi pada setiap hari Ahad-Khamis mulai jam 8.30 pagi – 4.00 petang. 

Kumpulan Kesenian JKKN Kelantan dan Kumpulan Mak Yong Kijang Emas.

  • Kumpulan Kesenian JKKN Kelantan telah ditubuhkan pada 2011 setelah penubuhan Kumpulan Kesenian jabatan di semua negeri diwujudkan pada tahun 2011. Kumpulan ini diserap daripada Kumpulan Mak Yong Kijang Emas yang telah bermula sejak tahun 2005 dibawah bimbingan Program Perantisan Mak Yong JKKN Kelantan. Kumpulan ini terdiri daripada 20 orang Artis Budaya tari dan muzik bertaraf kontrak. Kumpulan ini berkebolehan mengadakan persembahan Mak Yong, pelbagai tarian, muzik dan sering diundang mengadakan persembahan kesenian termasuk mengadakan promosi pelancongan melalui seni budaya samada di dalam negeri dan luar negara.
  • Festival Tari Negeri
  • Program Merakyatkan Seni dan Budaya
  • Program Bimbingan Seni Budaya (Sek. Rendah & Sek. Menengah)
  • Persembahan Berjadual "de'Pentas"
  • Serlahan Budi
  • Sukarelawan Budaya
  • Program Perantisan : Menora
  • Bazar Seni 2016
  • Makmal Inovasi & Usahawan produk Seni Budaya
  • Program Jom Belajar
  • Kelas bimbingan 
  • Blok Pentadbiran
  • Bilik Mesyuarat Utama 
  • Bilik Seminar
  • Bilik Tetamu
  • Surau
  • Tandas
  • Studio Tari
  • Studio Teater
  • Studio Muzik
  • Pentas Terbuka
  •  Auditorium
  • Pentas Procenium
  • Ruang tempat letak kenderaan 
  • Pusat Bandar Kota Bharu
  • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
  • Taman Perbandaran Tengku Anis 
  • Para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan seperti kereta, Bas Awam, Teksi/Kereta Sewa dari Pusat Bandar ke Kompleks JKKN dengan kadar tambang sekitar RM1.40- RM15.00

Kemudahan / Fasiliti JKKN Kelantan

Bilik Seminar

Blok Auditorium

Pintu Utama JKKN Kelantan

Ruang Auditorium

Bilik Mesyuarat Utama

Bilik Pentadbiran

Galeri Seni Budaya

Perpustakaan

Surau