PENGENALAN PROGRAM GENIUS SENI & GENIUS SENI REMAJA

Program GENIUS Seni (2010 hingga sekarang)

Program GENIUS Seni bagi kanak-kanak yang berbakat dan berpotensi tinggi dalam bidang seni. Mereka diberi pendedahan dan latihan supaya potensi, kebolehan dan bakat mereka dapat diperkembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Berusia antara 7 hingga 12 tahun (Koir & Tari) dan 7 hingga 14 tahun ( Muzik).

Program GENIUS Seni Remaja (Mulai 2015)

Program GENIUS Seni bagi kanak-kanak yang berbakat dan berpotensi tinggi dalam bidang seni. Mereka diberi pendedahan dan latihan supaya potensi, kebolehan dan bakat mereka dapat diperkembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Berusia antara 7 hingga 12 tahun (Koir & Tari) dan 7 hingga 14 tahun (Muzik). klik sini untuk lebih lanjut

PUNCA KUASA PENUBUHAN PROGRAM

  • Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 29 Julai 2009 berkaitan Pelaksanaan Program PERMATA Seni.
  • Berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program PERMATA Bil. 1 / Tahun 2013 bertarikh 22 Oktober 2013 bagi Peluasan Program PERMATA Seni Remaja.
  • Terma Rujukan (TOR) ditandatangani antara Bahagian PERMATA dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 29 Oktober 2015.
  • Jemaah Menteri pada 7 Disember 2018 telah bersetuju Program PERMATA dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan berkuat kuasa serta merta. Perpindahan ini adalah secara lock, stock, and barrel termasuk semua Program PERMATA. Selaras dengan keputusan ini, fungsi Bahagian PERMATA diambil alih sepenuhnya oleh KPM
  • Jemaah Menteri pada 5 April 2019 telah bersetuju dengan penjenamaan semula Program PERMATA kepada Program GENIUS

VISI

Melahirkan modal insan yang berbakat dan cemerlang dalam bidang seni budaya serta kukuh jati diri

MISI

  • Mencelikkan generasi kanak-kanak Malaysia kepada seni secara matang supaya pemikiran otak kiri dan kanan mereka aktif serta mempertingkatkan tahap keyakinan diri.
  • Menggilap bakat seni dalam kalangan kanak-kanak tempatan sehingga ke tahap yang lebih cemerlang
  • Memperkasakan sahsiah dan jati diri kanak-kanak menerusi aktiviti berkumpulan dalam bidang seni dan budaya.
  • Menghasilkan modal insan yang berkualiti dan dapat menyumbang kepada pertumbuhan negara secara positif dalam jangka masa panjang.

OBJEKTF

  • Menyediakan ruang dan peluang pembelajaran seni dalam persekitaran yang lebih kondusif bagi membentuk bakat peserta ke peringkat yang lebih cemerlang.
  • Mempertingkatkan kemahiran kesenian peserta melalui latihan dan aktiviti berkala;
  • Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai gaya dan etika dalam sesebuah persembahahn kesenian.
  • Mempertingkatkan pengetahuan peserta mengenai kepelbagaian kesenian dan kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia dan luar negara; dan
  • Membentuk keharmonian dan memperkukuhkan perpaduan kaum bermula di peringkat kanak-kanak menerusi aktiviti kesenian dan kebudayaan.

GENIUS SENI KOIR

  • Berusia 7 hingga 10 tahun.
  • Mempunyai bakat dalam bidang seni suara
  • Keutamaan bagi yang boleh membaca nota muzik
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai keyakinan diri
  • Boleh membuat pergerakan (tarian)
  • Baik dalam pencapaian akademik
  • Lulus dalam uji bakat.

GENIUS SENI TARI

  • Berusia 7 hingga 10 tahun.
  • Ketinggian antara 3 kaki hingga 3.5 kaki
  • Berat tidak melebihi 35kg
  • Berbakat cemerlang dalam bidang tari tradisional dan tari kontemporari.
  • Baik dalam pencapaian akademik.
  • Lulus dalam uji bakat.

GENIUS SENI MUZIK

  • Berusia 7 hingga 17 tahun
  • Minimum gred 5 (ABRSM atau setaraf)  
  • Berkebolehan memainkan alat muzik bertali (strings) seperti violin, viola, cello dan double bassi
  • Boleh membaca notasi muzik semerta (sight-reading)
  • Mempunyai bakat dalam bidang seni muzik
  • Lulus dalam sesi ujibakat
  • Warganegara Malaysia

Bahagian Bimbingan Seni Budaya
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 26, Menara TH Perdana
Jalan Sultan ismail
50250 Kuala Lumpur

Telefon : 03 -26148200 samb 8289 
E-mel   : geniussenijkkn[at]gmail.com

Maklumat lanjut berkaitan Genius Seni , boleh layari Bahagian Genius Seni , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Klik di SINI.