Program Perantisan Seni bertujuan memelihara dan mengekalkan kesenian tradisional bagi melahirkan pewaris dan pelapis dalam kesenian tradisional. Perantisan Seni adalah program berbentuk latihan dan pembelajaran kemahiran atau mentor mentee bagi kesenian tradisional yang disasarkan. Program dilaksanakan mengikut komuniti asal seni, dan dibimbing oleh penggiat serta tokoh yang diperantiskan.

Program ini telah menghasilkan beberapa kumpulan perantisan yang mampu berdiri sendiri dan mencapai pelbagai kejayaan dalam dan luar negara. Program perantisan yang dilaksanakan semenjak tahun 2009 sehingga kini (2023) telah menghasilkan 83 kumpulan perantisan dan 1,848 penyertaan yang melibatkan 64 kesenian. Bagi sesi 2023, sebanyak 15 perantisan dilaksanakan :

SENARAI PROGRAM PERANTISAN BAGI TAHUN 2023

BILNEGERISENI (PENERUSAN)NAMA KUMPULAN
1Perlis Muzik Terinai
Kumpulan Perantisan Terinai Perlis  
2KedahMek Mulung
Kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa
3Pulau Pinang
Teater Tradisional Bangsawan
Kumpulan Perantisan
 Politeknik Seberang Prai
4PerakGendang Panjang Kumpulan Perantisan Muzik Gendang Panjang
5WPKLDholKumpulan Perantisan Dhol (Alliance Dhol) 
6SelangorGambus Selangor
Kumpulan Perantisan Gambus Brainy Bunch Islamic International School
7Negeri Sembilan Dikir Rebana
Kumpulan Perantisan Dikir Rebana Negeri Sembilan
8KelantanRebana Mangkuk
Kumpulan Rebana Mangkuk Sri Kemahang
9JohorHamdolokKumpulan Perantisan Hamdolok
10SarawakTarian & Muzik Melanau
Kumpulan Perantisan Sri Ritma Borneo
BILNEGERISENI (BAHARU)NAMA KUMPULAN
1Perlis Awang Batil
Kumpulan Perantisan Awang Batil 
2MelakaRebana Keras
Persatuan Rebana
Keras Warisan Zaman

3Pahang
Gendang Pahang 
Kumpulan Perantisan Gendang Pahang
4TerengganuSilat Kura-KuraKumpulan Perantisan Silat Kura-Kura Terengganu
5SabahTarian Tabadak
Kumpulan Perantisan Dusun Bonggi Limbuat Darat, Pulau Banggi, Kudat

Bahagian Untuk Dihubungi


Puan Naurah Daria Janiur
Cawangan Penyelidikan & Pembangunan
Bahagian Dasar Dan Penyelidikan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 03-26148200/ 8201/ 8202/ 8214/ 8261/ 8260