Program Perantisan
Program Perantisan Seni bertujuan memelihara dan mengekalkan kesenian tradisional bagi melahirkan pewaris dan pelapis dalam kesenian tradisional. Perantisan Seni adalah program berbentuk latihan dan pembelajaran kemahiran atau mentor mentee bagi kesenian tradisional yang disasarkan. Program dilaksanakan mengikut komuniti asal seni, dan dibimbing oleh penggiat serta tokoh yang diperantiskan.
Program ini telah menghasilkan beberapa kumpulan perantisan yang mampu berdiri sendiri dan mencapai pelbagai kejayaan dalam dan luar negara. Program perantisan yang dilaksanakan semenjak tahun 2009 sehingga kini (2023) telah menghasilkan 83 kumpulan perantisan dan 1,848 penyertaan yang melibatkan 64 kesenian. Bagi sesi 2023, sebanyak 15 perantisan dilaksanakan :
SENARAI PROGRAM PERANTISAN BAGI TAHUN 2023
BIL | NEGERI | SENI (PENERUSAN) | NAMA KUMPULAN |
---|---|---|---|
1 | Perlis | Muzik Terinai | Kumpulan Perantisan Terinai Perlis |
2 | Kedah | Mek Mulung | Kumpulan Mek Mulung Seri Mahawangsa |
3 | Pulau Pinang | Teater Tradisional Bangsawan | Kumpulan Perantisan
Politeknik Seberang Prai |
4 | Perak | Gendang Panjang | Kumpulan Perantisan Muzik Gendang Panjang |
5 | WPKL | Dhol | Kumpulan Perantisan Dhol (Alliance Dhol) |
6 | Selangor | Gambus Selangor | Kumpulan Perantisan Gambus Brainy Bunch Islamic International School |
7 | Negeri Sembilan | Dikir Rebana | Kumpulan Perantisan Dikir Rebana Negeri Sembilan |
8 | Kelantan | Rebana Mangkuk | Kumpulan Rebana Mangkuk Sri Kemahang |
9 | Johor | Hamdolok | Kumpulan Perantisan Hamdolok |
10 | Sarawak | Tarian & Muzik Melanau | Kumpulan Perantisan Sri Ritma Borneo |
BIL | NEGERI | SENI (BAHARU) | NAMA KUMPULAN |
---|---|---|---|
1 | Perlis | Awang Batil | Kumpulan Perantisan Awang Batil |
2 | Melaka | Rebana Keras | Persatuan Rebana
Keras Warisan Zaman |
3 | Pahang | Gendang Pahang | Kumpulan Perantisan Gendang Pahang |
4 | Terengganu | Silat Kura-Kura | Kumpulan Perantisan Silat Kura-Kura Terengganu |
5 | Sabah | Tarian Tabadak | Kumpulan Perantisan Dusun Bonggi Limbuat Darat, Pulau Banggi, Kudat |
Bahagian Untuk Dihubungi
Puan Naurah Daria Janiur
Cawangan Penyelidikan & Pembangunan
Bahagian Dasar Dan Penyelidikan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 03-26148200/ 8201/ 8202/ 8214/ 8261/ 8260