Program MySeniBudaya
Pengenalan
Program Pelancongan Budaya (Culture Based Tourism) merupakan program teras JKKN di peringkat negeri yang mengangkat keunikan seni budaya setempat bagi tujuan memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara, di samping menjana ekonomi melalui seni dan budaya serta memupuk semangat kerjasama, meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia.
PEMULIHARAAN SENI BUDAYA
Program Pelancongan Budaya merupakan platform dalam memelihara seni budaya setempat untuk tatapan generasi baharu dan tarikan pelancongan seperti hadrah, jikey, mek mulung, dikir barat, wayang kulit, sukan rakyat, dan sebagainya
PENGLIBATAN GENERASI MUDA
Menggalakkan proses pengembangan dan pencungkilan bakat baru dalam bidang seni budaya seperti dikir barat, mak yong, tarian, pergendangan silat, persembahan boria dan lain-lain
Program utama negeri dan program sauh dalam merancakkan pelancongan domestik dan antarabangsa yang gemarkan pengalaman authenticâ
FOKUS KESEJAHTERAAN RAKYAT
Perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta seperti pasar tani bergerak, pemeriksaan kesihatan, penubuhan homestay, khidmat nasihat berkaitan pinjaman perniagaan, kaunter pembayaran saman dan lain-lain
Penglibatan pelbagai agensi dalam memberi khidmat kepada masyarakat seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Kewangan, PDRM, ATM, Tourism Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Tenaga Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Lain-lain
RINGKASAN PELAKSANAAN
PROGRAM PELANCONGAN BUDAYA 2023
BIL | PROGRAM/AKTIVITI | TARIKH/MASA | TEMPAT | SINOPSIS |
---|---|---|---|---|
1 | PESTA ANGIN TIMUR PERLIS 2023 | 3 - 5 Mac 2023 | Kampung Sungai Padang, Perlis | Pesta Angin Timur merupakan program tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2011, yang mana ianya bertujuan untuk mendekatkan masyarakat khususnya di bahagian utara tanah air dengan pelbagai kegiatan seni, budaya dan warisan. Program ini mengambil nama sempena peredaran musim daripada sejuk ke musim panas yang dibawa angin dari sebelah Timur ke Negeri Perlis. |
2 | IFTAR@KL | 8 - 9 April 2023 15 - 16 April 2023 | Dataran Merdeka , Kuala Lumpur | Iftar@KL merupakan aktiviti berbuka puasa yang dilaksanakan bagi mengimarah dan memakmurkan bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah bagi umat Islam dan secara langsung menyemarakkan aktiviti seni, budaya, warisan dan pelancongan islam kepada khalayak khususnya pelancong tempatan dan antarabangsa. |
3 | FESTIVAL KESENIAN RAKYAT KELATE 2023 | 21 - 23 September 2023 | Pantai Geting, Tumpat, Kelantan | Festival Kesenian Rakyat Kelate merupakan sebuah program yang mengetengahkan keunikan seni, budaya dan warisan tradisi masyarakat pantai timur khususnya Kelantan. Keunikan festival ini akan diterjemahkan dengan kepelbagaian aktiviti seni budaya warisan dan pelancongan masyarakat di Kelantan. |
4 | FESTIVAL KOTA SELATAN 2023 | 21 - 24 September 2023 | Johor | Festival Kota Selatan yang menggabungkan seni, budaya dan warisan tiga negeri zon selatan Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Program ini adalah landasan cerminan keutuhan seni dan budaya tradisi negeri-negeri tersebut yang akan menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Program ini akan memaparkan gabungan elemen seni, budaya dan warisan yang menjadi identiti negeri masing-masing. |
5 | TEMASYA BUDAYA NEGERI PERAK | 30 Ogos - 2 September 2023 | Ipoh, Perak | Temasya Budaya Negeri Perak mengangkat keindahan seni, budaya, warisan dan pelancongan yang terdapat di negeri Perak melalui kepelbagaian kaum dan etnik. Ia merupakan rangkuman dari pelbagai aspek meliputi budaya, etnik, agama, dan amalan tradisi setempat, yang membawa kepada kesatuan kebudayaan bersifat nyata. Temasya Budaya Negeri Perak secara langsung mendekatkan pelancong tempatan dan antarabangsa melalui pelbagai pengisian seni budaya warisan dan pelancongan. |
6 | FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA@KUALA LUMPUR | 15-17 September 2023 | Dataran Merdeka,Kuala Lumpur | Festival Permainan Malaysia merupakan sebuah program yang bertujuan untuk memartabatkan kembali permainan tradisional yang semakin terpinggir untuk terus dimainkan oleh seluruh rakyat Malaysia dan seterusnya menjadi produk untuk ditonjolkan kepada para pelancong asing. Ia secara langsung akan menjaga nilai seni warisan negara untuk generasi muda dengan menampilkan pelbagai jenis permainan tradisional dan moden pelbagai kaum di Malaysia. |
7 | FESTIVAL KESENIAN PERIBUMI MALAYSIA | 18 - 20 Ogos 2023 | Teluk Cempedak, Kuantan Pahang | Merupakan program yang mengetengahkan keunikkan pelbagai etnik, warisan, bahasa, kepercayaan dan amalan orang asal dari pelbagai negara di seluruh dunia. Penganjuran program ini dilihat dapat menjadi salah satu elemen tarikan pelancong dan mampu untuk memberi impak kepada industri pelancongan negara menerusi penyerlahan seni dan budaya Orang Asal dalam kalangan masyarakat tempatan dan antarabangsa. |
8 | FESTIVAL SENI HIDUP | 20-22 Oktober 2023 | Kuala Lumpur | Rasakan denyutan nadi kepelbagaian kesenian tempatan dan antarabangsa dalam Festival Seni Hidup @ Living Arts Culture Festival (LACF). Satu – satunya festival yang menghimpunkan warisan tidak ketara yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Warisan Kebangsaan, dan kesenian yang memerlukan perhatian dan kurang ditonjolkan kepada masyarakat. |
10 | RHYTHMS OF KINABALU (ROK) 2023 | 27 - 29 October 2023 | Lintasan Deasoka,Kota Kinabalu, Sabah | Rhythms Of Kinabalu merupakan program penyemarakkan dan pemeliharaan kesenian tradisi khususnya negeri Sabah. Program ini diadakan bagi mendekatkan masyarakat khususnya di Sabah dengan kegiatan seni budaya di samping memberi ruang dan peluang kepada penggiat seni di Sabah mempamerkan lagu-lagu karya tempatan dan lagu-lagu etnik berkonsepkan World Music. |
11 | FESTIVAL GENDANG SARAWAK | 3 - 5 November 2023 | Waterfront, Kuching, Sarawak | Merupakan sebuah program untuk menyemarak dan memelihara seni budaya di samping memaparkan keunikkan Gendang Melayu Sarawak. Aktiviti seni budaya yang dizahirkan melalui festival ini juga berupaya menjadi sebahagian daripada tarikan pelancong. Festival Gendang Sarawak menyerlahkan pengisian seni budaya yang menarik dan unik melalui acara utama dan pelbagai aktiviti sokongan. |
Bahagian Untuk Dihubungi
Bahagian Pengembangan Seni Budaya
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 26, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel : 03-2614 8200 / 8221
No. Faks : 03-26971067
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.