Festival Merakyatkan Seni Budaya : Festival Bung Bratak
- Start Date: 2023-09-02
- Event Coordinator: JKKN Negeri Sarawak
- End Date: 2023-09-03
- Event Location: Pusat Warisan, Bung Bratak Kampung Tembaung Sauh, Bau
Pengenalan
Pusat Warisan Bung Bratak merupakan kampung asal bagi masyarakat Bidayuh yang berada di Bau, Sarawak. Ia berada di atas bukit bersesuaian dengan keadaan masyarakat Bidayuh itu sendiri yang memang menjadikan kawasan tinggi sebagai tempat tinggal mereka. Justeru itu, Program Merakyatkan Seni (PMS) yang akan dilaksanakan adalah untuk menjadikan Bung Bratak sebagai salah satu produk pelancongan dengan memperkenalkan kesenian dan kebudayaan yang berada di kampung-kampung yang berdekatan. Ianya merupakan program merakyatkan Seni dan budaya yang mendekatkan masyarakat dengan pemimpin dengan pengisian-pengisian program seperti Jualan produk tempatan berbentuk jualan makanan tradisi, demosntrasi, pameran dan jualan kraftangan, persembahan kesenian tempatan, bengkel produk kesenian, Gotong-royong masakan tradisional Bidayuh, demonstrasi permainan tradisional etnik Bidayuh dan “Nyikuh Bung Bratak” iaitu acara Larian mendaki Bung Bratak dengan berpakaian tradisional Bidayuh.
Objektif
i. Mengangkat Bung Bratak sebagai salah satu produk pelancongan budaya.
ii. Merakyatkan seni dan budaya ke kawasan tempatan untuk memberi ruang kepada masyarakat luar bandar sama-sama menghayati aspirasi seni dan budaya Malaysia.
iii. Memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat sebagai usaha memelihara dan mengekalkan warisan seni budaya setempat.
iv. Mengetengahkan kembali aktiviti budaya warisan seperti gotong-royong, kerjasama, adat istiadat, permainan tradisional dan persembahan kesenian tradisional kepada masyarakat.