PENGENALAN PROGRAM

Program Eksplorasi Budaya: Kuiz Seni Budaya dilaksanakan bagi mempromosikan dan menaikan viewer laman sesawang Pemetaan Seni Budaya. Seterusnya meningkatkan pengetahuan,dan  kefahaman masyarakat terhadap kesenian dan kebudayaan tempatan.

Program berbentuk kuiz yang menguji pengetahuan peserta berkaitan seni budaya negara secara dalam talian dan peserta berpeluang memenangi hadiah menarik. Sebanyak lima (5) siri kuiz akan diadakan pada tahun 2023. Penyertaan boleh diakses melalui portal Pemetaan Budaya iaitu https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/ 

Siri 1: 1 - 30 Mac 2023 (Terbuka)
Siri 2: 1 - 30 April 2023 (Sekolah Rendah)
Siri 3: 1 - 30 Jun 2023 (Sekolah Menengah)
Siri 4: 1 - 30 Julai 2023 (Sekolah Rendah)
Siri 5: 1 - 30 September 2023 (Terbuka)