Pengenalan

Penyemarakan Seni Budaya merupakan platform utama dalam mempromosi dan mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni budaya dalam kehidupan melalui pelaksanaan program di setiap kompleks JKKN negeri. Selain Negeri Sembilan, program ini akan diperluas di 11 buah kompleks JKKN seluruh negara kecuali Selangor, Johor dan Sarawak yang masih belum mempunyai kompleks sendiri.

Program ini antara lainnya bertujuan untuk menyemarakkan Kompleks JKKN sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) seni, budaya dan warisan yang melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang berkaitan. Kompleks ini juga berperanan sebagai pusat rujukan serta penyelidikan dalam menghasilkan karya kreatif, inovatif, berkualiti dan berprestij.