PENGENALAN

  • Program ini merupakan platform utama dalam mempromosi dan memperkenalkan masyarakat seluruh negara melalui pelaksanaan program di setiap kompleks JKKN negeri. Selain Negeri Sembilan, program ini akan diperluas di 11 buah kompleks JKKN seluruh negara kecuali Selangor, Johor dan Sarawak yang masih belum mempunyai kompleksnya sendiri.
  • Program di Negeri Sembilan ini akan bermula pada 19 Mei 2023, jam 9.00 pagi hingga jam 10.30 malam. Antara pengisian utama adalah wacana ilmu, pertandingan tarian, pertandingan pakaian beragam, Sarong Fun Run, Explorace Seni Budaya, Konsert Rock Legend dan konvoi motor dan vespa klasik daripada Negeri Selangor.
  • Majlis Perasmian akan berlangsung pada 20 Mei 2023, jam 9.00 malam oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

 

OBJEKTIF

 

  • Menyemarakkan Kompleks JKKN sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) seni, budaya dan warisan yang melahirkan lebih ramai tenaga pakar dalam bidang berkaitan dan berperanan sebagai pusat rujukan dan penyelidikan dalam menghasilkan karya kreatif, inovatif, berkualiti dan berprestij.

 

  • Mempromosikan Kompleks JKKN dengan pengisian program dan aktiviti seni budaya dan warisan;

 

  • Memperkenalkan kepada masyarakat setempat dan antarabangsa mengenai seni budaya, warisan dan kepelbagaian cara hidup di Malaysia yang mencerminkan kehidupan yang harmoni dan bersatu padu dalam kepelbagaian agama dan bangsa (unity in diversity).

 

  • Memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum melalui penglibatan aktiviti interaktif seni budaya dan warisan dengan memberi ruang dan peluang kepada penggiat seni menyerlahkan kreativiti dan inovasi serta menjana ekonomi berasaskan seni budaya; dan

 

  • Menyemarakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian Malaysia dengan mempromosikan pelancongan bertemakan akar budaya tempatan dengan mengetengahkan tradisi seni dan budaya autentik yang merupakan wadah penyemarakan pelancongan, seni dan budaya di Malaysia.