PENGENALAN

Festival Seni Hidup@Living Arts Cultural Festival menghimpunkan Warisan Tidak Ketara yang telah disenaraikan UNESCO, diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dan kesenian yang memerlukan perhatian. Program ini bertujuan untuk mengangkat dan memartabatkan keunikan warisan seni budaya seterusnya menjadi pencetus kepada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan.

Rasakan denyutan nadi kepelbagaian kesenian tempatan dan antarabangsa dalam Festival Seni Hidup @ Living Arts Culture Festival (LACF). Satu – satunya festival yang menghimpunkan warisan tidak ketara yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Warisan Kebangsaan, dan kesenian yang memerlukan perhatian dan kurang ditonjolkan kepada masyarakat.

Jom ke Festival Seni Hidup 2023 pada 20 hingga 22 Oktober 2023, bertempat di LaLaport Bukit Bintang City Centre jam 10.00 pagi – 10.00 malam.
Rasai pengalaman dan keunikan seni dan budaya masyarakat dari 14 Negara didatangkan khas ke Malaysia.
 
Jangan lepaskan peluang menyaksikan warisan tidak ketara yang diiktiraf UNESCO seperti Mak Yong & Songket (Malaysia), Chhau (India), Tango (Argentina & Belarus), Sega Mauritius Tradisional (Mauritius), Azerbaijani Mugham (Azerbaijan), Megkhambagu (Filipina), Korkyt Ata (Kazakhstan), Lazgi & Bakhshi (Uzbekistan), Opera Peking (Republik Rakyat China) dan kesenian dari Sri Lanka, Mexico, Indonesia, Nigeria dan Republik Arab Mesir.
 
Anda juga bakal disajikan persembahan Mek Mulung (Kedah), seruling hidung ‘Pensol’ (Perak), Seladai (Sarawak) dan Sayau Moginum (Sabah).
 
Maklumat lanjut boleh layari di akaun Facebook MySenibudaya dan LACF Living Arts Culture Festival.
 

Feel the pulse of the diversity of local and international arts in the Living Arts Culture Festival @ Living Arts Culture Festival (LACF). The only festival that brings together intangible heritage that has been recognized by the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), National Heritage, and arts that requires enhanced awareness to the public.