Pengenalan

Program ini merupakan program berbentuk manifestasi persembahan dan pertandingan oleh kanak-kanak masing-masing mengikut enam (6) bidang dalam Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB). Program ini akan disemarakkan dengan pertandingan iaitu pertandingan tarian, gasing, nyanyian, seni berbahasa dan silat.Terdapat juga aktiviti sampingan iaitu bengkel muzik dan tarian, simposium, pameran dan ceramah seni budaya oleh tokoh/ penggiat.

Program ini merupakan program berbentuk manifestasi persembahan oleh peserta Kelab Tunas Budaya (KTB) (sekolah rendah) dan Kelab Giat Budaya (KGB) (sekolah menengah) yang terbaik mewakili negeri masing-masing mengikut enam (6) bidang di bawah Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB); dan Konsep program ini berbentuk pertandingan tarian dan dimeriahkan dengan pengisian sampingan seperti bengkel seni budaya, jualan produk dan pameran seni budaya.

 

Objektif

  • Peserta berpeluang berkongsi ilmu seni dengan tokoh dan penggiat seni;
  • Memupuk nilai-nilai murni dan memantapkan jati diri dalam pembentukan keperibadian dalam diri pelajar;
  • Menyediakan platfom bagi menyerlah bakat dan kreativiti pelajar; dan
  • Membentuk pelajar yang berkemahiran tinggi dan profesional dalam bidang kesenian selaras dengan keperluan pasaran industri kreatif negara.

This program showcases children performances and competitions in each of the six (6) fields in the Cultural Arts Guidance Program (PBSB). This program is enhanced with competitions such as dance, gasing, singing, language arts and silat. There will also be side activities such as music and dance workshops, symposiums, exhibitions and cultural art talks by art practitioners.