Panggung Seni Tradisional : Teater Tradisional Saba 'Nong Sakti'
- Start Date: 2023-08-04
- Event Coordinator: JKKN Ibu Pejabat
- End Date: 2023-08-05
- Event Location: Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTIC
4 & 5 Ogos 2023: TEATER TRADISIONAL SABA’ – “NONG SAKTI”
Saba pada asalnya merupakan satu upacara perubatan yang bertujuan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Pokok Saba merupakan satu keperluan dalam persembahan ini sebagai perlambangan lokasi Dewa Kayangan turun untuk mengubati penyakit. Digambarkan sebagai sepohon pokok yang rimbun dan rendang seperti sekebun bunga, yang mencerminkan keindahan suasana di alam kayangan. Elemen-elemen seperti nyanyian, tarian dan pengucapan dialog antara ‘Peduang’ dan ‘Muda Di Awan’ menjadikan persembahan Saba’ ini begitu menarik. Bagi mengekalkan dan membuka mentaliti orang ramai tentang kesenian Saba ini, ‘Nong Sakti’ digabung serta diterjemahkan ke dalam bentuk teater agar ia dapat dipertontonkan kepada semua lapisan masyarakat.
- Persatuan Selampit Seni Negeri Terengganu
4 & 5 August 2023: TRADITIONAL THEATER SABA’ – “NONG SAKTI”
Saba was originally a ceremony aimed at curing various types of diseases. The Saba tree a key feature in this performance as a symbol of the where the heavenly descends to cure illnesses. Described as a lush and shady tree in a flower garden, which reflects the beauty of ‘Eden’. Elements such as singing, dancing and dialogue between 'Peduang' and 'Muda Di Awan' make this Saba' performance captivating. In order to enhance the interest of the public about the art of Saba, 'Nong Sakti' was transformed into a theatrical performance so that it could be appreciated by all levels of society.
- Persatuan Selampit Seni Negeri Terengganu