22 & 23 Julai 2023: TEATER TRADISIONAL BORIA – “KEMBARA BORIA-SATU PERJALANAN”

Salah satu hiburan alternatif tradisional yang begitu terkenal di Pulau Pinang ialah Boria. Sejenis teater yang mengandungi dua (2) segmen terdiri daripada lakonan lawak jenaka dan nyanyian. Keunikan kesenian ini terletak kepada kreativiti nyanyian ‘tukang karang’ sambil diiringi penari latar yang berkeupayaan untuk mengikuti rentak muzik dimainkan. Alat muzik yang sering digunakan dalam persembahan Boria adalah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion dan harmonika. Pakaian, muzik serta dialog dengan jalan cerita yang dimainkan berkisar kepada pengaruh masyarakat Arab. Nikmatilah kesenian unik negeri Pulau Mutiara ini buat julung kalinya di kota metropolitan Kuala Lumpur.

- Persatuan Seni dan Budaya Era Baru (MANES)

 

22 & 23 July 2023: BORIA TRADITIONAL THEATER – “KEMBARA BORIA-SATU PERJALANAN”

One of the most famous traditional entertainment in Penang is the Boria. The performance comprises two (2) segments of comedy and singing. The unique aspect of this art lies in the creativity of the 'tukang karang' accompanied by background dancers who are able to follow the rhythm of the music being played impromptu. Musical instruments that are often used in Boria performances are the violins, gambus, marwas, tabla, cymbals, drums, accordion and harmonica. The costumes, music and dialogue and the storyline reflect the influence of the Arab community. Enjoy the art of the Pearl of The Orient for the first time in the metropolitan city of Kuala Lumpur.

- Persatuan Seni dan Budaya Era Baru (MANES)