Iftar@KL merupakan aktiviti berbuka puasa yang dilaksanakan bagi mengimarah dan memakmurkan bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah bagi umat Islam dan secara langsung menyemarakkan aktiviti seni, budaya, warisan dan pelancongan islam kepada khalayak khususnya pelancong tempatan dan antarabangsa melalui pelbagai pengisian seperti berikut:

  1. Berbuka puasa / iftar beramai ramai di Dataran Merdeka
  2. Tadarus Al-Quran
  3. Ceramah / Tazkirah Ramadhan
  4. Konsert Rohani
  5. Pertandingan Nasyid dan Deklamasi Puisi Islam
  6. Demonstrasi dan Gotong Royong Memasak dan menyediakan Bubur Lambuk
  7. Gotong Royong pengagihan Bubur Lambuk
  8. Solat berjemaah (Maghrib, Isyak dan Tarawih)
  9. Pameran dan Jualan Produk
  10. Jualan Makanan (Food Truck)