Hampir seluruh masyarakat di dunia dibesarkan dengan dendangan lagu-lagu rakyat mereka. Setiap kisah dalam alunan tersebut berkisar kepada latar budaya sesebuah masyarakat. Tidak terkecuali Malaysia yang kaya dan sinonim dengan variasi lagu-lagu rakyatnya. ‘Tarinspirasi Dendang Rakyat’ merupakan sebuah persembahan istimewa diinspirasikan dalam bentuk tarian yang dibawa khas oleh kanak-kanak dan remaja berbakat daripada program GENIUS Seni Tari.