Sinopsis

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Badan Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka serta Asia Pacific University (APU) mengadakan Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA) 2022 Peringkat Akhir pukul 8.30 malam di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Edisi ke-7 penganjuran PALMA ini diadakan bertujuan memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu sebagai asas perpaduan dan ilmu dalam kalangan pelajar luar dan peringkat antarabangsa, serta memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.  Selain itu juga, melalui pertandingan ini ianya dapat mempopularkan lagu Melayu kepada masyarakat luar sebagai medium memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dan dapat memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat luar dalam usaha meningkatkan industri pelancongan negara.

Seramai 10 Pelajar Antarabangsa daripada Zimbabwe, China, Papua New Guinea, Somalia, Sri Lanka, Bangladesh, South Korea dan Vietnam berjaya ke Peringkat Akhir Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (PALMA).