FESTIVAL CITRA MUTIARA
- Start Date: 2026-09-11
- Event Coordinator: JKKN Pulau Pinang
- End Date: 2026-09-13
- Event Location: Lebuh Armenian, George Town, Pulau Pinang
Festival Citra Mutiara merupakan sebuah program kesenian rakyat Pulau Pinang yang dianjurkan bagi memartabatkan seni budaya dan warisan rakyat pelbagai kaum yang menjadi tunjang keharmonian masyarakat negeri ini. Festival ini menghimpunkan pelbagai bentuk ekspresi seni tradisi melalui persembahan dan pertandingan seperti Boria Cilik dan Terbuka, Ghazal Party, Chingay, Tarian Singa dan Naga, Tarian India, Baba Nyonya serta persembahan pergendangan pelbagai kaum yang mencerminkan kekayaan khazanah budaya tempatan.
Selain itu, Festival ini turut dimeriahkan dengan permainan tradisional dan sukan rakyat sebagai usaha menghidupkan kembali warisan komuniti, disamping makanan citarasa Pulau Pinang yang menampilkan demonstrasi makanan tradisional pelbagai kaum dan jualan makanan warisan. Keseluruhannya, Festival Citra Mutiara menjadi wadah penyatuan seni, budaya dan gastronomi, sekali gus memperkukuh identiti Pulau Pinang sebagai negeri kaya warisan dan terkenal syurga makanan.
Festival Citra Mutiara is a community arts festival that celebrates and elevates the cultural heritage of Penang’s diverse communities, which form the foundation of the state’s harmonious society.
The festival brings together a wide range of traditional artistic expressions through performances and competitions such as Boria (Junior and Open categories), Ghazal Party performances, Chingay, Lion and Dragon dances, Indian classical dances, Baba Nyonya cultural showcases and multicultural drumming performances that reflect the richness of Penang’s cultural heritage.
The festival is further enlivened by traditional games and community sports aimed at reviving local heritage practices, alongside demonstrations of Penang’s famous culinary traditions and heritage food sales. Altogether, Festival Citra Mutiara serves as a vibrant meeting point of arts, culture and gastronomy, reinforcing Penang’s identity as a culturally rich state and a renowned culinary paradise.





bm
en 
























