TEMASYA BUDAYA PERAK
- Start Date: 2026-07-24
- Event Coordinator: JKKN Perak
- End Date: 2026-07-26
- Event Location: Dataran Udang Galah, Teluk Intan, Perak
Dengan membawa tagline "Ate.. Moh Leraih!”, Temasya Budaya Perak 2026 berfungsi sebagai platform pelancongan budaya yang mengangkat keindahan seni, warisan dan pelancongan negeri Perak melalui kepelbagaian etnik dan kaum. Program ini menghimpunkan pelbagai dimensi kehidupan masyarakat seperti kesenian, adat resam, kulinari, amalan tradisi dan warisan turun-temurun yang mencerminkan kesatuan budaya negeri Perak.
Penganjuran ini mengambil peranan sebagai jambatan interaksi antara pelancong tempatan dan antarabangsa melalui pelbagai pengisian berteraskan seni, budaya, warisan dan pelancongan. Kini memasuki tahun kelima penganjurannya (2022–2026), Temasya Budaya Perak terus memperkukuh identiti budaya negeri di persada nasional dan antarabangsa.
Carrying the local tagline “Ate.. Moh Leraih!”, the Perak Cultural Fiesta 2026 serves as a cultural tourism platform that celebrates the beauty of Perak’s arts, heritage and tourism through the rich diversity of its ethnic communities.
The programme brings together various dimensions of community life, including performing arts, customs and traditions, culinary heritage and long-standing cultural practices that reflect the unity of Perak’s multicultural identity. The festival also acts as a bridge connecting local and international visitors through programmes rooted in arts, culture, heritage and tourism.
Now entering its fifth year of organisation (2022–2026), the Perak Cultural Fiesta continues to strengthen the state’s cultural identity on both the national and international stage.





bm
en 
























