TEMASYA BUDAYA @NEGERI PERAK
- Start Date: 2025-06-26
- Event Coordinator: JKKN Perak
- End Date: 2025-06-29
- Event Location: Perkarangan Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Perak
Temasya Budaya @Negeri Perak 2025 akan dilaksanakan di Dataran Menara Condong, Teluk Intan bagi memperluaskan jangkauan program seni budaya ke daerah sebagai tarikan pelancongan. Penganjuran program ini di Teluk Intan dilihat signifikan kerana pelbagai tarikan sejarah dan pelancongan yang ada di Teluk Intan dan sekitarnya sekaligus menyokong kesinambungan pelaksanaan Tahun Melawat Perak 2024 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. Antara pengisian yang bakal dilaksanakan ;
- Bicara Budaya ; Keme Tanye ,Aye Jawab
- Malam Perasmian ‘Moh Leraih Kome’– Persembahan hebat oleh artis jemputan dan kumpulan terkenal termasuk Artis Budaya Tari JKKN Perak, Kumpulan Selendang Perak, Sekolah Seni Malaysia Perak, Guna, Pei Yen, Persatuan Nam Hoi Perak, Persatuan Seni Kebudayaan India Greentown Ipoh Perak, Black Baajh Banghra, Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Orang Asal Perak dan ramai lagi.
- Festival Rebana Perak ‘Moh Rebana 12 jam’
- Festival Homestay Perak – Meneroka budaya dan gaya hidup masyarakat tempatan.
- Pameran Agensi – Pameran informatif dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
- Jualan Vendor – Pelbagai barangan dan makanan tempatan untuk dinikmati.
- Klinik Seni Budaya – Bengkel Tarian Lenggok dan Rebana Perak & Sambey Perak untuk semua lapisan masyarakat.
- Demonstrasi Adat Resam Masyarakat Orang Asli Semai
Busana Run – Larian beramai-ramai bertemakan pakaian tradisional pelbagai kaum