FESTIVAL GHONTAK NOGHORI
- Start Date: 2025-06-13
- Event Coordinator: JKKN Negeri Sembilan
- End Date: 2025-06-15
- Event Location: Waterfront Port Dickson, Negeri Sembilan
Negeri Sembilan terkenal dengan keunikan Adat Perpatih yang masih diamalkan hingga kini, menjadikannya warisan kebudayaan yang perlu dipelihara. KARNIVAL GHONTAK NOGHORI bertujuan memperkenalkan seni dan tradisi masyarakat tempatan kepada generasi muda serta menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa.
Dengan tema “Lantai Adat, Laman Budayo”, karnival ini menampilkan seni persembahan, adat istiadat, dan produk budaya Negeri Sembilan sebagai platform untuk melestarikan warisan negara.
Karnival ini akan dijadikan sebagai medium untuk mempromosikan produk pelancongan dan seni budaya Negeri Sembilan di dalam dan luar negara khususnya menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026