Program Iftar Madani @Batu Sapi mengimarah dan menyemarakkan kebudayaan dan kesenian Islam kepada pelancong tempatan dan antarabangsa menerusi pelancongan budaya (Culture Tourism) di samping memupuk perpaduan dan kerohanian umat Islam di Sabah dalam menghayati bulan Ramadan.

Ramadan lebih bermakna… bersama di IFTAR MADANI @ BATU SAPI 2025!

πŸ“’ Orang ramai DIJEMPUT HADIR! Datang bersama keluarga dan sahabat, raikan Ramadan dengan penuh keberkatan!

Jom berkumpul pada 8 Mac 2025 di Pantai Pasir Putih, Batu Sapi, Sandakan dari 4.00 petang hingga 10.00 malam untuk satu pengalaman istimewa!

(Aktiviti Menarik Menanti Anda)

✨ Nikmati kemeriahan Bazar Ramadan 🍒
✨ Rezeki dikongsi dengan Agihan Bubur Lambuk 🍲
✨ Hayati keindahan Persembahan Nasyid & Qasidah 🎢
✨ Perkukuh keimanan dengan Solat Terawih Berjemaah πŸ•Œ
✨ Dan dengarkan pengisian rohani daripada YBhg Dato’ Ustaz Kazim Elias Al Hafiz πŸ“–

πŸ“ž Maklumat lanjut, hubungi 088-205070 / 011-18567575

#IftarMadani2025 #RamadanKareem #JKKN #MOTAC #BatuSapi #Sandakan #Sabah #UKKSabah

πŸŒ™ IFTAR MADANI @ BATU SAPI 2025 – Perpaduan dalam keberkatan!