KARYA AGUNG - SIRIH BERTEPUK PINANG MENARI
- Start Date: 2024-11-29
- Event Coordinator: JKKN WP Kuala Lumpur
- End Date: 2024-11-30
- Event Location: Auditorium Dewan Bahasa dan Pusaka (DBP)
Teater “Sirih Bertepuk Pinang Menari’ Karya Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan arahan Dr. Marlenny Deenerwan ini akan berlangsung pada 29 & 30 November 2024 serta 1 Disember 2024 jam 8.30 malam di Auditorium, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Pementasan ini juga akan turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada 30 November 2024 jam 8.30 malam.
Dramatis SN Datuk Noordin Hassan kelahiran Pulau Mutiara merupakan Sasterawan Negara ke-7 yang unik, kreatif dan prolifik. Kemunculan beliau dalam dunia drama Melayu moden dan teater tanah air telah memberi nafas baru dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Keberanian beliau dalam mengutarakan konsep pendramaan baru yang bersifat anti-realisme iaitu drama absurd dan eksperimental telah membuka dimensi baru dalam dunia drama di Malaysia. Sepanjang penglibatannya sebagai penulis dan pengarah drama sejak tahun 1953, beliau telah menghasilkan lebih 30 puluh buah drama. Pembaharuan yang dilakukan oleh beliau adalah mengetengahkan konsep teater fitrah dan sering bereksperimen dengan bentuk drama baru berlandaskan tradisi budaya Melayu. Noordin Hassan ialah seorang penulis drama yang menggunakan pemikiran intelektualnya dengan karya mencuit minda pembaca dan penonton dan membiarkan mereka untuk mencari jawapan seterusnya. Antara karya terkenal beliau ialah Bukan Lalang Ditiup Angin, Peran, Anak Tanjung, Jangan Bunuh Rama-rama, Cindai, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Tiang Seri Tegak Berlima, dan Mana Setangginya.