Bicara Diplomasi Budaya 2024
- Start Date: 2024-05-14
- Event Coordinator: Bahagian Dasar dan Penyelidikan
- End Date: 2024-05-14
- Event Location: Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengadakan program Cultural Diplomacy Talk (Bicara Diplomasi Budaya) 2024 yang akan diadakan di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), bermula jam 8.00 pagi.
Objektif JKKN dalam penganjuran program ini adalah sebagai platform perkongsian ilmu dan kepakaran dalam aspek seni, budaya dan warisan. Selain itu, untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk lebih memahami konsep diplomasi budaya dalam mempromosikan seni, budaya dan warisan Malaysia ke peringkat antarabangsa serta untuk menonjolkan keunikan budaya dan kesenian Malaysia, seterusnya membina potensi jaringan kerjasama dengan pelbagai negara.
Dengan tema "Malaysia and China – Celebrating Language and Culture", Bicara Diplomasi Budaya tahun ini akan membincangkan mengenai bahasa dan budaya Malaysia dan China sempena meraikan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China.
Menampilkan panel jemputan yang pakar dalam bidang masing - masing untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai tajuk tersebut iaitu
1) YB Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan, Tokoh Bahasa, Penganalisis Politik dan Ahli Akademik,
2) YBrs. Prof Wang Xiaomei, Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Cina Universiti Xiamen Malaysia
3) YBhg. Datuk Prof. Dr. Danny Wong Tze Ken, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya
Encik JC Cheah sebagai moderator