MODUL PROGRAM BIMBINGAN SENI BUDAYA NEGARA

OBJEKTIF/ PENGENALAN

Modul diterbitkan adalah sesuai dengan usaha Kementerian melalui JKKN untuk merakyatkan dan menyemarakkan seni budaya dikalangan semua lapisan masyarakat. Melaluinya seluruh ahli masyarakat boleh mempelajari teknik-teknik bidang kesenian tersebut

PENETAPAN BIDANG KESENIAN

Modul program bimbingan seni budaya Negara berpotensi dikembangkan kepada seluruh masyarakat, khususnya pelajar-pelajar sekolah. Terdapat 6 bidang kesenian iaitu bidang tari tradisional, teater, muzik, silat, gasing dan seni berbahasa.

PENGGUNAAN

Modul ini hanyalah panduan kepada JSBN yang telah menghadiri kursus JSBN yang dianjurkan oleh JKKN bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan modul ini.

SASARAN PENGGUNAAN MODUL

Modul ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang mempunyai keinginan untuk memperlajari enam bidang kesenian tersebut.

TEMPO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tempoh pengajaran dan pembelajaran untuk modul ini bagi setiap bidang selama enam bulan, dengan kadar tiga hingga empat jam seminggu. Bagi kursus jangka pendek, modul ini adalah untuk sekurang-kurangnya unruk 72 jam atau bersamaan lapan hari berkursus.

JANGKAAN PENGUASAAN DAN KEMAHIRAN SENI BUDAYA BUDAYA

Seseorang yang menghadiri kursus dan mempelajari salah satu daripada bidang seni budaya didalm modul ini seharusnya memamhami dan menguasai kemahiran-kemahiran mengenai tari tradisional, teater, muzik, silat, gasing dan seni berbahasa diakhir kursus mereka. Para peserta sekurang-kurangnya boleh membuat persembahan dikhalayak berdasarkan kepada asas bidang kesenian tersebut

Image - 1img-statistik
Image - 2img-bidang
Image - 3img-bidangdetails

BUKU MODUL PBSB

Image - kompangNgamelan
Image - tarianmodul1
Image - tarianmodule2
Image - teatertahun1
Image - berbahasamodule1
Image - gasing
Image - gasingmodule1
Image - gasingtahun1
Image - silat_module1
Image - silattahun1
Image - pbsbmodule1
Image - jsbn
Image - pbsbmoduleasas
Image - taritahun1
Image - teatermodule1

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Modul PBSB, boleh hubungi Bahagian Bimbingan Seni Budaya di talian 03-2614 8200 ext 2011 / 8275