Kategori: CD
Penerbit: JKKN
Tahun diterbitkan: 2008
Harga: 10.00 

Zainal Abidin telah dilantik menjadi duta lagu-lagu rakyat oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Tujuannya adalah untuk menyuburkan kembali lagu-lagu rakyat kepada generasi hari ini. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan semula dengan rentak yang lebih menyegarkan ialah Kenek-Kenek Udang, Burung Kakak Tua, Enjit-Enjit Semut, Can Mali Can dan banyak lagi.