Kategori: CD
Penerbit: JKKN
Tahun diterbitkan: 2003
Harga: 10.00 

Keroncong adalah antara seni muzik tradisional Melayu yang sangat popular pada tahun 30an – 60an. Ia dipersembahkan dimerata tempat terutama di majlis-majlis perkahwinan, pertunjukkan pentas dan pesta keramaian. Keturunan Baba Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang pernah dikesan menubuhkan kumpulan keroncong yang mereka minati. Album ini dipersembahkan oleh Kumpulan Kesenian Negeri Selangor yang secara instrumental. Antara lagu yang terdapat ialah Bukit Melawati, Mahameru, Bisikan Hati, Seruling Bambu, Gambang Semarang dan banyak lagi.