• Apakah JKKN?
    JKKN adalah singkatan untuk Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti seni dan budaya di Malaysia.
  • Apakah fungsi JKKN?
    JKKN merupakan sebuah Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk:
    -  Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan produk seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
    -  Menyediakan landasan untuk membolehkan penggiat seni menjana pendapatan melalui aktiviti seni budaya.
    -  Membina jaringan kerjasama dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar        negara.
    -  Menyebarkan maklumat seni budaya kepada orang awam dalam dan luar negara.
    -  Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
    -  Meningkatkan keberkesanan peranan JKKN melalui 14 JKKN Negeri.

  • Siapakah yang boleh saya hubungi untuk maklumat lanjut?
    Untuk maklumat lanjut berkenaan JKKN, boleh hubungi talian am Ibu Pejabat JKKN di 03-2614 8200.
  • Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan program dan aktiviti JKKN?
    Boleh follow media sosial rasmi JKKN (Facebook page JKKN, Instagram , Twitter, saluran Youtube Mysenibudaya dan juga Telegram)
  • Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan seni budaya di Malaysia?
    Boleh layari Pemetaan Budaya melalui pautan link https://pemetaanbudaya.my/
  • Apakah prosedur untuk mendapatkan CD Senam Seni (dancercise)?
    CD Senam Seni boleh dipesan atau dibeli terus dari Ibu Pejabat JKKN atau di Pusat Sumber Seni Budaya yang terletak di Aras 30, Lot 1001, Menara TH Perdana, Kuala Lumpur. Selain itu, boleh juga menghubungi JKKN Negeri untuk mendapatkan bahan penerbitan JKKN.
  • Apakah prosedur untuk mendapatkan buku-buku atau CD JKKN?
    Buku dan CD yang dihasilkan oleh JKKN boleh dipesan atau dibeli terus dari Ibu Pejabat JKKN, sama ada dari Pusat Sumber Seni Budaya atau Cawangan Dokumentasi dan Penerbitan yang terletak di Aras 30, Lot 1001, Menara TH Perdana, Kuala Lumpur.
    Selain itu, boleh juga menghubungi JKKN Negeri untuk mendapatkan bahan penerbitan JKKN.
  • Apakah prosedur untuk menjadi Jurulatih Kebangsaan di Kesenian dan Kebudayaan (JSBN)?
    Mereka yang berminat untuk menjadi Jurulatih Kebangsaan di Kesenian dan Kebudayaan (JSBN) boleh pergi terus ke mana-mana pejabat JKKN di negeri-negeri untuk mendaftar
  • Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan mengikuti kursus JSBN ?
    Permohonan dibuat melalui JKKN Negeri di mana calon berada..
  • Apakah jenis bidang seni bagi kursus JSBN yang ditawarkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara?
    Berikut merupakan bidang yang ditawarkan :
    Tari, Teater, Muzik, Gasing, Silat dan Seni Berbahasa
  • Bagaimanakah proses pengiktirafan sebagai JSBN ?
    Calon yang diberi pengiktirafan sebagai JSBN setelah melalui kursus JSBN yang dianjurkan oleh pihak JKKN ibu pejabat dan lulus peperiksaan penilaian jurulatih mengikut bidang masing-masing.
  • Adakah modul pembelajaran disediakan semasa kursus?
    Modul pembelajaran disediakan mengikut bidang. Terdapat tiga (3) jenis modul yang disediakan iaitu :
    - Modul mengikut tahap I, II, III dan IV
    - Modul Seni Cemerlang Tahun 1 dan 2
    - Modul Pusat Bimbingan Seni Budaya (2 Bulan, 4 bulan dan 6 bulan) 
  • Setelah tamat kursus, bagaimana cara untuk menyemak keputusan?
    Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang JKKN. Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang JKKN bagi mendapatkan info terkini.
  • Apakah Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bidang Seni Budaya?
    SKM-PPT merupakan Pengiktirafan kepada Penggiat Industri Seni Budaya bagi kepakaran dan kemahiran yang dimiliki berdasarkan pengalaman dan kerja-kerja yang pernah dilakukan dengan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia.
  • Bagaimana cara untuk memohon SKM PPT bidang Seni Budaya?
    Permohonan boleh dibuat melalui www.myspike.my berdasarkan kaedah permohonan SKM-PPT yang dilampirkan.
  • Bagaimana Persatuan Usahawan Seni Budaya (PUSM) dapat membantu anda?
    Sebagai Usahawan Seni Budaya, PUSM akan memberi bimbingan bagi usahawan yang berdaftar di bawah persatuan untuk meningkatkan pertumbuhan dan memperkasakan minda serta ilmu perniagaan usahawan seni budaya melalui rangkaian pemasaran persatuan.
  • Sedang dikemaskini
  • Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat dan aktiviti kumpulan perantisan?
    Maklumat dan aktiviti Perantisan boleh didapati di halaman peminat (Fan Page) https://www.facebook.com/Perantisan-Seni-Budaya-107533484313491
  • Bagaimana saya boleh dapatkan maklumat dan aktiviti kumpulan perantisan?
    Maklumat dan aktiviti Perantisan boleh didapati di halaman peminat (Fan Page) https://www.facebook.com/Perantisan-Seni-Budaya-107533484313491
  • Bolehkah saya mengundang kumpulan perantisan membuat persembahan dan bagaimana caranya?
    Ya. Anda boleh menghantar undangan melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Bayaran sagu hati dikenakan dan pembayaran boleh dibuat terus kepada kumpulan perantisan yang terpilih.
  • Bagaimanakah caranya untuk menyertai Program Perantisan?
    Sebarang pertanyaan dan pendaftaran menyertai Perantisan Seni Budaya boleh dikemukakan melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Namun begitu, penyertaan adalah terhad dan ia tertakluk pada kekosongan.
  • Bagaimana cara untuk mendapatkan bantuan Insentif Seni daripada JKKN bagi melaksanakan aktiviti / program?
    Layari Laman Web rasmi JKKN bagi mendapatkan maklumat berkaitan Insentif Seni JKKN.
  • Apakah syarat – syarat permohonan bantuan Insentif Kewangan JKKN?
    Perlu mempunyai perancangan program berkala sekurang-kurangnya bagi Tiga (3) tahun berturut-turut. Sebagai contoh; Bengkel/Penyelidikan Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3
  • Berapakah jumlah had bantuan yang boleh dipohon?
    Jumlah had bantuan Insentif Kewangan adalah sebanyak RM15,000.00 sahaja bagi setiap fasa pelaksanaan aktiviti.
  • Siapakah yang layak memohon dan menerima bantuan ini?
    BBK Seni Budaya yang mempunyai pendaftaran persatuan yang masih sah pada tarikh permohonan.
  • Selain bantuan kewangan, apakah bentuk bantuan yang ditawarkan oleh JKKN kepada persatuan?
    • Insentif Seni Ruang
    • Insentif Seni Kepakaran
    • Insentif Seni Promosi

  • Apakah prosedur permohonan kerjasama bagi penggunaan Auditorium JKKN?
    • Memuat turun Borang Insentif di laman web rasmi JKKN.
    • Borang yang telah siap diisi hendaklah dikemukakan ke JKKN Negeri yang berdekatan tempat pemohon bagi mendapatkan ulasan Pengarah JKKN Negeri sebelum JKKN Negeri mengemukakan permohonan tersebut ke JKKN Ibu Pejabat.
  • Adakah JKKN mengeluarkan apa-apa jenis sijil kepada Badan Bukan Kerajaan (BBK) yang berdaftar dengan JKKN?
    JKKN tidak mengeluarkan sebarang sijil kepada BBK yang berdaftar dengan JKKN.
  • Kami merupakan kumpulan baharu yang belum mendaftar. Adakah kami perlu mendaftar dengan JKKN bagi mendapatkan sijil persatuan bagi membolehkan kami menjalankan aktiviti seni budaya?
    Kumpulan tuan hendaklah mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bagi mendapatkan sijil persatuan yang sah untuk menjalankan aktiviti seni budaya.
  • Adakah Badan Bukan Kerajaan (BBK) perlu mendaftar persatuan dengan JKKN untuk memohon bantuan kewangan?
    BBK perlu mendaftar persatuan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM/ROS) terlebih dahulu sebelum memohon bantuan kewangan di JKKN.
  • Siapakah yang layak mendaftar sebagai Penggiat Seni dibawah JKKN?
    Penggiat Seni Individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang seni yang diceburi sekurang-kurangnya Lima (5) tahun dan ke atas.
  • Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai Penggiat Seni?
    Layari Laman Web rasmi JKKN dan mengisi Borang Permohonan Penggiat Seni Budaya. 
  • Sekiranya Penggiat Seni mengalami kecelakaan atau kematian. Bolehkah Penggiat Seni memohon bantuan dengan JKKN?
    Boleh memohon melalui JKKN ke Tabung Kebajikan Penggiat Seni (TKPS) di bawah Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Kebudayaan dan Kebajikan Penggiat Seni (JKWAKKPS), Kementerian, Pelancongan, Seni dan Budaya.
  • Siapakah yang layak mendaftar sebagai Sukarelawan Budaya JKKN?
    Penjawat awam dan sektor swasta, Persatuan Badan Bukan Kerajaan, Pelajar Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 6), Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Individu/Orang Awam berbilang kaum.
  • Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai Sukarelawan Budaya JKKN?
    Layari Laman Web Rasmi JKKN dan klik pada ruangan Perkhidmatan kemudian isi borang permohonan sukarelawan JKKN.
  • Apakah kelebihan menjadi sukarelawan Budaya JKKN?
    Dapat menyertai program seni budaya dan membangunkan semangat ‘culture volunteerism’ dalam kalangan sukarelawan bagi menyemarakkan pembangunan aktiviti kebudayaan dan kesenian.
  • Adakah Sukarelawan Budaya diberi saguhati ?
    • Sukarelawan Budaya akan diberikan Sijil Penghargaan kerana telah menyertai program yang dilaksanakan.
    • Makanan dan Minuman akan diberikan sepanjang program dilaksanakan.
  • Apakah tugas/peranan Sukarelawan Budaya?
    • Sukarelawan akan diberikan tugasan mengikut kesesuaian tempat/program yang dijalankan atau mengikut kepakaran masing-masing.
    • Tugas/peranan ‘sukarelawan budaya’ pula adalah tidak menjurus kepada sesuatu bidang sahaja tetapi lebih menyeluruh.‘Sukarelawan Budaya’ hendaklah lebih bersifat “multitasking” . Sebagai contoh ‘sukarelawan budaya’ tidak hanya tertumpu kepada kerja-kerja di belakang pentas sahaja tetapi boleh juga sama-sama terlibat sebagai “frontliner” bagi program/aktiviti jabatan.