Pengenalan

Program ini merupakan aktiviti bimbingan dan asuhan seni budaya yang digerakkan oleh Artis Budaya Kejurulatihan, Kumpulan Kesenian Jabatan (KKJ), Pegawai Kebudayaaan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN), Tokoh dan pakar seni budaya dalam bidang Tari (Tradisional & Moden), Muzik (Tradisional & Moden), Teater (Tradisional & Moden), Permainan Tradisional (Gasing), Bahasa dan persuratan dan Seni Mempertahankan Diri (Silat) dan Seni Visual (Catan & Visual). Program dilaksanakan secara bersemuka untuk dipertontonkan kepada khalayak.